Thursday, 14 May 2015

Bala dan sikap orang mukmin

Allah ini suka menguji. Orang miskin pun Dia datangkan bala. Orang kaya pun Dia datangkan bala. Negeri dan negara pun sama. Orang baik pun kena. Orang jahat pun kena.

Sebelum kita membicarakan persoalan bala dan ujian dengan lebih lanjut, mari kita sama-sama teliti terlebih dahulu pengertian Ayat Allah SWT seperti di bawah:
"Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan." - (Surah Al-Anbiya: 35)

Ertinya di sini, apa saja yang buruk atau baik adalah bala dan ujian yang datang ditentukan oleh Allah SWT.

Malang sedikit, dalam kamus kehidupan orang Melayu, bala cuma dirujuk kepada kesusahan. Sebut saja bala, ia hanya dikaitkan dengan malapetaka dan musibah. Mari kita lihat apa yang disebut di dalam buku-buku kamus Melayu.

Bala bermakna kejadian buruk yang menimpa diri seseorang (seperti kemalangan dan sebagainya) atau sesuatu tempat (seperti gempa bumi, banjir besar, kemarau dan sebagainya), bencana, malapetaka. � di petik dari Kamus Dewan Edisi Keempat muka surat 113.

Dari segi Islam, bala ini bererti ujian, bukan kemusnahan. Ia satu tajuk besar. Dalam rezeki yang semakin bertambah dan pangkat yang semakin naik pun ada bala dan ujian.

Dalam kaya, miskin, sakit, sembuh, berjaya atau gagal dalam peperiksaan - semuanya adalah ujian. Ia bertujuan untuk menguji keimanan dan kesabaran seseorang. Tahap ilmu dan istiqamah seseorang itu boleh diukur melalui pelbagai sikapnya ketika diuji oleh bala Allah SWT.

Bagi orang kaya, bala kekayaan itu disusuli dengan membayar hutang atau mengeluarkan zakat ataupun tidak. Bagi orang miskin, bala kemiskinan itu akan menyebabkan dia mencuri atau merompak ataupun tidak?
Untuk memperkayakan dimensi kefahaman kita mengenai bala, mari kita renung erti bala atau lebih tepat, ujian seperti yang dipandu oleh Al-Quran dalam ayat-ayat yang lain:



i) Orang kaya diturunkan bala (diuji) dengan orang miskin:
"Dan demikianlah telah Kami uji sebahagian mereka (orang-orang yang kaya) dengan sebahagian mereka (orang-orang miskin), supaya (orang-orang yang kaya itu) berkata: "Orang-orang semacam inikah di antara kita yang diberi anugerah oleh Allah kepada mereka?" (Allah berfirman): "Tidakkah Allah lebih mengetahui tentang orang-orang yang bersyukur (kepadaNya)?" - (Surah Al An'am: 53)



ii) Bala (diuji) bagi orang yang ingin masuk Syurga:
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: 'Bilakah datangnya pertolongan Allah?' Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." - (Surah Al Baqarah: 214)



iii) Kaya dan miskin sebagai bala yakni ujian:
"Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia berkata: 'Tuhanku telah memuliakanku.' Adapun bila Tuhannya mengujinya dengan cara membatasi rezekinya maka dia berkata: 'Tuhanku menghinakanku.' Sesekali tidak (demikian), sebenarnya kamu tidak memuliakan anak yatim. (ertinya kalah dalam ujian)." - (Surah Al Fajr: 15�17)



Dari beberapa petikan Ayat Al-Quran seperti di atas, Insya Allah, kita akan menjadi semakin jelas hakikat bala yang sebenarnya. Ia lebih bersifat ujian.
Bagi si kaya, bagaimana dia boleh menangani bala apabila rezeki perniagaannya semakin melimpah. Benar-benar sedarkah dia bahawa dia sedang diuji oleh Allah SWT. Bagi si miskin, bagaimana dia dapat sabar menangani bala apabila dia diuji dengan keadaan hidup semakin sempit. Atau bagaimana pula keadaannya apabila si kaya tadi ditimpa bala (yakni ujian sebenarnya) apabila dengan tiba-tiba misalnya perniagaannya tiba-tiba jatuh bankrap?



Begitu juga dengan kemelesetan ekonomi dunia yang sedang melanda semua negara kini. Saham jatuh. Inflasi melambung. Nilai mata wang merudum. Dengan tiba-tiba pula pengeluaran makanan berkurangan. Harga bahan api yang tidak menentu. Kepanasan global dan krisis moral yang cukup kritikal. Ini semua bala yang menguji keimanan dan kesabaran.
Inilah yang saya selalu tekankan tentang kepentingan takwa. Ia satu jenis brek yang dapat mewaraskan setiap manusia. Baik dicuba dalam waktu aman atau krisis, orang beriman yang sentiasa dipupuk oleh kesedaran takwa akan sentiasa yakin bahawa dalam keadaan miskin dia tidak akan menipu, mencuri atau merompak.



Atau dalam keadaan yang (katakan) dia menjadi kaya, dia juga akan mengeluarkan zakat, membantu orang miskin, menubuhkan tabung-tabung dan yayasan-yayasan kebajikan segera. Orang yang memiliki takwa tidak akan terganggu dengan bala yang ditakdirkan ke atas diri dan keluarganya.
Bagi sesebuah negara pula, selain dari bersabar dan memahami punca dan fenomena bala, negara itu sendiri perlu menjalani proses muhasabah. Muhasabah boleh jadi wajar dimulakan dengan pertanyaan-pertanyaan ringkas seperti berikut:

i) Tidak ada kena mengenakah negara ini dengan Allah SWT, selaku Tuhan yang menjadikan dan memiliki kerajaan langit dan bumi? Mustahil kita semua ini tidak ada kena-mengena dengan Allah SWT.

ii) Benarkah amalan negara ini yang memisah agama dari pemerintahan? Bila negara membuang agama dari pemerintahan, maka Islam yang telah dibuang itu mahu diganti dengan apa? Dengan isme ciptaan manusia? Dengan nafsu? Dengan agama lain?

iii) Tidakkah segala nikmat di atas langit yang diturunkan, disediakan di atas, di permukaan bumi dan di dalam perut bumi itu adalah dari anugerah Allah SWT?

iv) Tidakkah Dia yang mampu memberi akan juga turut mampu mengehad, menyekat atau merampasnya?

v) Apakah sekadar ikhtiar berupa meminjam duit KWSP untuk disuntik ke dalam pasaran saham dan hal-hal yang seumpamanya sahaja yang perlu dilakukan?

Jika saya menyebut tentang takwa sebagai 'brek' di peringkat individu, maka takwa jugalah jawapannya untuk negara. Di atas nama takwa, negara harus elakkan kerja-kerja membazirkan wang rakyat kerana membazir itu "saudara kepada syaitan".

Hentikan salah guna wang rakyat. Lepaskan tahanan-tahanan yang dizalimi di bawah ISA. Hentikan serta merta amalan rasuah, tumbuk rusuk, dan pemberian tender yang tidak didasarkan kepada merit.

Beri tempat yang sewajarnya kepada hukum dan peraturan Allah SWT. Perbanyakkan majlis-majlis yang menyuburkan maaruf, majlis-majlis ilmu, tazkirah dan tazkiyah. Jangan ditaja kerja-kerja mungkar.

Yakinlah kepada kandungan ayat al-Quran yang bermaksud: "Sebanyak mana benda halal, semuanya akan mendatangkan guna kepada manusia. (Sebaliknya) tiap-tiap benda haram, ia akan memudaratkan manusia".
Inilah saja jalan penyelesaian yang boleh mengeluarkan individu atau negara daripada kegelapan kejahilan. Jika tidak, bala akan hanya menjadi kita semakin hanyut.

Tanpa mengambil iktibar dari panduan ayat-ayat Allah, kita dikhuatiri menjadi kebingungan. Lebih malang apabila kita tidak dapat memanfaatkan ujian dan bala daripada Allah itu secara orang yang berfikir.

Ini mungkin "kerana sesungguhnya, bukanlah mata itu buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada". - (Surah Al-Hajj: 46)

Akhirnya orang yang malang ini akan terperangkap dalam penyakit "penafian" (denial syndrome). Setiap yang dilakukan oleh orang lain akan dipandang sebagai tidak betul. Nau'zubillah minta dijauhkan Allah.- tajdid_

Mengapa WANITA sangat Istimewa.... ..

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih
la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak
lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam
sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak
tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak
nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara
tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la
gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade
lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la
kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah
ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv
lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2
pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu
ruam...pampers
4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok
settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah,
asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume
6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang
tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin
je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana
flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti
lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak
tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak
tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment
cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check
baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut
dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung
elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor
dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke
bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak
siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill
pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak
umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak
nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni
kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers
ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb
ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh
malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku
nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan
program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan
mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon
keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk
sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun
takde..."...selang seminit  ...dengar suara papa berkeruh...dah agak
dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK
KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana
memahami mereka...well, women understand women better...
foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan
kawan 2 dengan lebih baik lagi...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah
istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah
mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!

15 Perkara Penyebab BALA

" Untuk renungan bersama. Semoga kita mendapat menafaat.

Ali bin Abi Thalib r.a, meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa beliau bersabda; “Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:


1.Apabila (Maghnam) harta milik umum atau negara hanya berkisar di kalangan elit tertentu
2. Apabila (aset) amanah dijadikan sebagai habuan diri (ghanimah)

3. Zakat dianggap sebagai beban hutang (diperniagakan)

4. (Kehendak) suami dikuasai oleh kehendak isteri (Queen Control)
5. Anak menderhakai ibunya

6. Tapi ia berbaik-baik (patuh) dengan (kehendak) kawannya

7. Ayahnya (pula) disingkir jauh

8. Rioh rendah dan kecoh di dalam masjid (atas sebab dunia)

9. Yang menjadi ketua sesuatu bangsa adalah orang yang fasiq (jahat dan derhaka kepada Allah)

10. Seseorang dimuliakan kerana (hendak menghindari) kejahatannya

11. Arak menjadi minuman lumrah

12. Sutera menjadi pakaian (golongan lelaki)

13. Golongan artis (biduan) disanjung-sanjung

14. Manakala muzik menjadi budaya pujaan

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat dan Ulama)

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah (radioaktif dan gas beracun?) atau gempa bumi, tanah jerlus, manusia bertukar sifat (menjadi binatang) ..Dalam hadith riwayat Abu Hurairah mengenai hal ini terdapat tambahan seperti berikut..."dan (Qazafan) tembakan, lontaran (bom?)serta tanda-tanda lain yang datang secara berturut-turut bagaikan butir manik yang terputus benangnya dan jatuh bertubi-tubi satu lepas satu”.

(Hadith riwayat Tirmizi) "
 

Bagaimana Islam melihat kuasa

Artikel saya kali ini berlegar di atas isu kuasa (power). Saya rasa isu ini amat perlu direnungi bagi kita memahami perjuangan gerakan Islam dan gerakan selain daripada gerakan Islam.


 


Terdapat jurang yang besar antara gerakan Islam dan gerakan sekular berhubung makna dan tujuan kuasa. Kuasa yang saya maksudkan di sini adalah berkaitan kuasa politik.




Mungkin tidak keterlaluan jika saya menyimpulkan bahawa pemikiran Machiavelli membawa pengaruh yang besar kepada gerakan sekular seperti Umno dalam menanggapi makna dan tujuan kuasa.

Siapa dia Machiavelli ini? Beliau adalah seorang penjawat awam di Florentine, Itali. Beliau juga adalah seorang 'political theorist'. 


Nama sebenar beliau adalah Niccolò Machiavelli. Pada tahun 1513 beliau telah menulis satu buku bertajuk 'The Prince' atau di dalam bahasa Itali dikenali sebagai De Principatibus (About Principalities), Meskipun ditulis pada tahun 1513 namun buku beliau tersebut hanya diterbitkan pada 1532 iaitu lima tahun selepas kematiannya.
Tujuan asal buku 'The Prince' ditulis adalah sebagai satu panduan atau rujukan kepada seorang anak raja tentang bagaimana beliau mahu mengekalkan kuasanya dan keduanya bagaimana nak mengekalkan wilayah kuasanya.

Dengan lain perkataan tujuan buku tersebut adalah bagi memastikan anak raja tersebut terus berkuasa. Machiavelli berpendapat bagi mengekalkan kuasa, anak raja tersebut berhak menggunakan apa sahaja cara sama ada cara tersebut adil atau zalim. Yang penting bagaimana ia boleh terus berkuasa.

Di dalam 'The Prince' Machiavelli antara lain menyatakan bahawa adalah mustahak seorang pemimpin itu disayangi dan ditakuti oleh rakyatnya. Namun untuk disayangi dan ditakuti dalam masa yang sama adalah sesuatu yang sukar, Machiavelli menasihati adalah lebih baik untuk seorang pemimpin itu ditakuti daripada disayangi oleh rakyatnya

Pemikiran Machiavelli yang mengagungkan prinsip �

matlamat menghalalkan cara�

(al-ghayah tubarrirul wasilah) boleh dikatakan sehingga kini mendominasi pemikiran ahli-ahli politik sekular sama ada di negara-negara Barat mahupun negara-negara umat Islam khususnya negara-negara umat Islam yang pernah dijajah seperti Malaysia.

Pemikiran Machiavelli adalah pemikiran yang amat jauh dari cahaya ilahi. Ia amat sesuai dengan para pemimpin yang menganggap dunia adalah segala-galanya �

tiada sebarang akauntabiliti di alam yang kekal iaitu alam akhirat. Sebab itu kita boleh melihat pemimpin yang diselaputi oleh pemikiran Machiavelli akan sentiasa memikirkan bagaimana ingin terus berkuasa dan bagaimana rakyat terus takut kepada mereka.

Mereka akan bersedia menindas dan menzalimi rakyat semata-mata kerana ingin terus berkuasa. Sebagai contoh bagi mengekalkan kuasa, mereka akan sanggup melakukan rasuah (diubah dengan kalimah 'politik wang'). Mereka juga tidak kisah menggunakan undang-undang zalim kerana yang penting bagi mereka adalah kuasa. Kuasa adalah segala-galanya.
Mereka tidak peduli dengan kebenaran hatta jika datang dari Allah sekalipun. Ini kerana bagi mereka sepertimana yang dikatakan oleh Hans Morgenthau "kebenaran mengancam kuasa dan kuasa pula akan mengancam kebenaran" (truth threatens power, and power threatens truth).
Sekarang mari kita lihat kuasa dari perspektif Islam. Islam tidak membenci atau menolak kuasa. Malahan kuasa amat diperlukan bagi melaksanakan perintah Allah. Di dalam al-Quran Allah menyatakan empat tujuan besar kenapa Islam menyokong kuasa. Empat tujuan besar kuasa adalah untuk membolehkan solat didirikan, zakat dilaksanakan, amar makruf (menyeru kepada kebaikan) dan mencegah kemungkaran dilakukan (lihat surah Al-Hajj 22: 41).

Dalam membicarakan isu kuasa ini Islam mengambil kira dan mengiktiraf dua realiti asas kewujudan manusia. Realiti pertama adalah perlaksanaan kuasa oleh sesetengah individu ke atas orang lain adalah perlu bagi mewujudkan keamanan di kalangan masyarakat (lihat al-Quran 4:59 dan 43:32).

Realiti kedua adalah amat mudah untuk sesuatu kuasa itu dirosakkan dan menjadi sumber kepada ketidakadilan dan penindasan (lihat al-Quran 6:123, 20:24, 27:34, 33:67, 34:34, 43:23-24 ).

Tentang mudahnya kuasa itu dirosakkan sepertimana yang dinyatakan di dalam al-Quran kini diakui sendiri oleh sarjana Barat seperti Lord Acton yang terkenal dengan kata-katanya "power corrupts and absolute power corrupts absolutely" (kuasa merosakkan dan kuasa yang mutlak akan rosak dengan mutlaknya).

Secara umumnya terdapat dua cara bagaimana Islam mengawal kecenderungan kuasa kepada kerosakan dan rasuah.

Pertamanya, Islam melakukan satu reformasi tentang konsep kuasa itu sendiri iaitu dengan menghalang mana-mana manusia daripada sebarang kuasa yang bersifat mutlak dalam apa jenis dan bentuk sekalipun.

Justeru itu di dalam Islam kuasa itu mesti ipertanggungjawabkan dan fungsi kuasa ditafsirkan dan dihadkan secara jelas. Di dalam sebuah hadis Rasululullah s.a.w. menyatakan secara jelas konsep pertanggungjawaban kuasa apabila Baginda s.a.w. menyatakan setiap orang adalah ibarat pengembala dan akan ditanya tentang gembalaannya.

Hatta Baginda s.a.w memperincikan tentang konsep pertanggungawaban kuasa itu dari sekecil-kecil unit yang berkuasa (seperti seorang suami, isteri, hamba dan tuan) dan kepada mereka yang memegang tampuk pemerintahan (Al-Imam (Perdana Menteri/Presiden ) yang semuanya akan ditanya mengenai perlaksanaan kuasa tersebut.

Keduanya Islam juga memberi kebenaran kepada rakyat untuk menentang sebarang bentuk kuasa yang disalahgunakan sehingga membawa kerosakan kepada masyarakat. Atas dasar itu di dalam Islam, sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. jihad yang paling baik (afdal) adalah bercakap benar di hadapan raja atau pemerintah yang zalim.

Di atas kesedaran bahawa kuasa boleh rosak dan merosakkan, Allah menurunkan para Rasul. Keperluan manusia kepada Rasul adalah suatu hakikat yang tidak boleh dipertikaikan kerana manusia amat perlu kepada seseorang yang bangkit di kalangan mereka yang mempunyai kekuatan untuk melawan pengaruh kuasa dan menunjukkan contoh yang baik dan praktikal bagaimana mereka berhadapan dengan pengaruh kuasa yang luas dan ganas itu.

Hanya para Rasul yang diutuskan oleh Allah boleh memikul tugas dan peranan tersebut. Boleh dikatakan kebanyakan para Rasul diutuskan oleh Allah daripada golongan yang lemah dan tidak berkuasa di dalam masyarakat.

Lihatlah sebagai contoh Nabi Musa a.s. yang amat lemah itu berhadapan dengan Raja yang amat berkuasa iaitu Firaun.

Lihat juga contoh Rasulullah s.a.w. yang bukan sahaja berhadapan dengan para penguasa yang amat berkuasa tetapi juga diberi peluang oleh Allah menjadi seorang Perdana Menteri sebuah negara Islam iaitu Al-Madinah Munawwarah.

Meskipun Baginda seorang Presiden, kuasa tersebut tidak sama sekali mempengaruhi diri dan peribadi Rasullullah s.a.w.. Lihatlah sewaktu Rasulullah sedang sakit tenat, Baginda masih berwasiat kepada isterinya Ummahatul mukmimin Aishah r.a. supaya membelanjakan wang sebanyak tujuh dinar yang masih ada di dalam rumah Baginda sambil berkata: "Bagaimanakah Muhammad boleh berjumpa dengan Tuhannya sedangkan di dalam rumahnya masih ada tujuh dinar."

Tujuh dinar sahaja di sebuah rumah seorang Presiden? Ya, itulah Presiden sebuah negara Islam yang tidak pernah menganggap kuasa sebagai lesen untuk membina empayar kekayaan sama ada untuk dirinya atau kaum keluarganya.- tajdid _

Usaha merosakkan gambaran Islam sebenar

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : �

Sesungguhnya kamu akan mengikut Sunnah (jalan atau cara) orang-orang sebelum daripada kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk lubang �

Dab� 

nescaya kamu juga akan memasukinya.�

Iklan
 
 
  
Hadis di atas menggambarkan kepada bahawa terdapat jenis manusia di kalangan umat Islam yang mempunyai pegangan atau pendirian yang kenyal dengan Islam, hingga apabila ada idea atau pandangan yang bukan daripada Islam yang dilihat dari segi zahirnya baik, maka ia diikuti dan dianuti walaupun ia sebenarnya boleh menjerumuskan seseorang iti ke lembah api neraka.
Sehubungan itu, Saidina Omar bin al-Khattab pernah berkata maksudnya : � Kekuatan/kemuliaan/keagungan Islam akan terhakis satu demi satu jika masih terdapat dalam agama Islam, orang Islam yang tidak kenal apa erti Jahiliyyah.�

Sesungguhnya bahaya yang cukup mengancam umat Islam dulu, kini dan selamanya walau di manapun mereka berada ialah, ancaman konsep kebaratan dalam segala aspek kehidupan mereka.

Perkara ini telah dijelaskan oleh seorang tokoh muslim kontemporari, iaitui Ustaz Anwar al-Jundi (Mesir) dalam bukunya �
Memhami konsep islam yang betul� 

pada bab pertama, di mana beliau menegaskan bahawa, konsep kebaratan itu ialah menjadikan umat Islam dan Arab menerima pakai pemikiran yang bukan berorientasikan Islam sebagai paksi utama dan mungkin juga pemikiran yang diinspirasikan oleh puak barat secara total.

Pemikiran itu dijelmakan dalam bentuk Komunisme, Liberisme, Kapitalisme, Nasionalisme, Athisme dan berbaga-bagai isme ciptaan manusia yang meruntuh nilai-nilai harga diri manusia terhadap Pencipta mereka iaitu Allah SWT.

Malah ia menyumbang ke arah runtuhnya aspek kerohanian secara Islam atau cara berfikir islam yang sememangnya amat bertentangan dengan nilai negatif yang menjadikan manusia itu merasa bebas sepenuhnya tanpa ikatan dengan agama sepenuhnya.

Sesungguhnya matlamat atau tujuan utama kosep kebaratan ini ialah untuk menjauhkan orang Islam daripada berfikir secara Islam dengan rasa serba kekurangan dalam diri dan percaya ia berpotensi untuk dipertingkatkan, namun ia dirasakan sebagai satu agenda penting untuk tidak mampu bagi memajukan diri mereka keran ia telah dionarkan gambarannya di peringkat akar umbi lagi.

Bagi menghadapi ancaman bahaya tersebut, menjadi kewajipan ke atas setiap manusia bernama Islam untuk mengetahui serta memahami sedalam-dalamnya hakikat Islam itu sendiri yang sebenarnya memiliki ciri-ciri keistimewaan, sifat fitrah dan semula jadinya, konsep-konsep yang ada di dalamnya, faktor kualiti dan pada masa yang sama perlu mengetahui ancaman dunia barat yang sentiasa mencari ruang dan kesempatan bagi meruntuhkan aspek-aspek Islam.

Aspek pemikiran Islam yang berteras dan berpaksikan akar umbi dengan asal usul yang jelas dan matang mampu berdiri sendiri tanpa dibantu oleh anasir luar yang serba kekurangan dan ketandusan maklumat.

Yang menjadi duri dalam daging kepada Islam, terdapat segelintir pemikir bangsa Arab yang terikat penulisan mereka dengan unsur-unsur kebaratan, tetapi pada masa yang sama cuba dikaitkan dengan Islam yang kononnya ia boleh diintegrasikan, tetapi cara sedemikian sebenarnya akan memberi gambaran tentang Islam dalam bentuk yang menyimpang jauh dari keasliannya akibat kecetekan maklumat yang merugikan Islam itu sendiri.
Sehubungan itu, maka muncullah satu bentuk pendekatan yang bukan berasal dari barat dan bukan juga dari pengajaran Islam, malah ia merupakan satu pendekatan yang palsu direka cipta oleh golongan Yahudi Zionis yang terdapat dalam kitab Talmud (menggantikan kitab Taurat yang diturunkan ke atas Nabi Muasa a.s.) berasaskan kepada beberapa protocol yang disediakan khusus untuk meragukan orang Arab dan kaum muslimin.
Sesungguhnya manhaj keilmuan, kemasyarakatan, kejiwaan, berpolitik dan berekonomi yang telah digaris pandukan oleh barat mengandungi kelemahan yang amat ketara, ini kerana system barat mencampur-aukkan antara akal, hati, kebendaan, roh, dunia dan akhirat sebagai cara untuk menuju kesempurnaan.

Sedangkan aspek peningkatan bagi orang islam dalam membina manhaj tersebut, adalah berdasarkan kebenaran dan menuju ke arah kebenaran yang hakiki yang cuba diseleweng oleh Zionis di peringkat antarabangsa agar ia menjadi suatu pendekatan yang bersifat tidak Islamik. - lanh _

Islam iktiraf bulan yang amat dihormati di zaman jahiliyah

Allah Ta'ala menjadikan Ka'abah sebagai tempat berdiri bagi manusia sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Sebagai tempat berdiri bagi manusia." (Surah al-Maidah: 97) Manusia berdiri untuk beribadat dan melakukan perkara berbentuk duniawi dengan cara yang diberkati oleh Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud: "...bulan yang diharamkan berperang padanya." (Surah al-Maidah: 97) iaitulah bulan Zul Qaedah, Zul Hijjah, Muharram dan Rejab. Bulan-bulan ini dihormati sejak zaman jahiliyyah lagi dan diiktiraf oleh Islam kerana Islam mengiktiraf perdamaian. Perkara ini akan dibincang secara panjang lebar dalam Surah Baraah.
Seterusnya Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud: "... dan binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Baitillahil Haram oleh orang haji)." (Surah al-Maidah: 97) Hadiah ini berlaku dengan penyembelihan qurban atau membayar dam ketika mereka melakukan haji.
Firman Allah yang bermaksud:
"...dan kalong-kalong yang diletakkan pada binatang (ditentukan untuk menyembelih dam)." (Surah al-Maidah: 97).
Binatang itu diikat dengan tali dan seumpamanya untuk dijadikan penanda bagi tujuan tersebut.

Firman Allah yang bermaksud:
"...yang demikian supaya kamu mengetahui bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi dan sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu." (Surah al-Maidah: 97)

Allah sememangnya Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu dan kamu hendaklah beriman betapa mengetahui-Nya Allah SWT lebih dari makhluk-Nya, kamu tidak boleh menyembunyikan sedikit pun dari ilmu Allah Yang Maha Luas itu.

Firman Allah yang bermaksud:
"Ketahuilah sesungguhnya Allah itu sangat keras balasan-Nya (hukuman-Nya) dan Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang." (Surah al-Maidah: 98).

Oleh itu kamu hendaklah takut kepada-Nya dan mengharapkan keampunan dan rahmat daripada-Nya dengan memohon maaf dan bertaubat di atas kesalahan yang dilakukan mudah-mudahan Allah Mengampunkan dosa kamu.

Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali memungkiri janji, ketika Dia berjanji. Kita mesti yakin dengan janji-janji Allah, keampunan dan rahmat-Nya.
Firman Allah yang bermaksud:

"Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan perintah-perintah Allah sahaja dan Allah sentiasa Mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan." (Surah al-Maidah: 99)

Ayat ini menjelaskan bahawa Allah SWT mengumumkan kepada kita bahawa tugas Rasulullah s.a.w. ialah menyampaikan ajaran Allah.
Adapun sama ada manusia menerimanya ataupun tidak, itu terpulang kepada masing-masing. Apabila manusia tidak menerima ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. dan mereka tidak beramal dengannya, Allah tidak menyalahkan Rasulullah s.a.w. Yang salah ialah manusia sendiri.
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:

"...tidaklah diperintah kepada Rasul itu (Nabi Muhammad s.a.w.) melainkan menyampaikan ajaran Allah." (Surah al-Maidah: 99)

Adapun taufiq dan hidayah serta pahala yang diperolehi, terpulang kepada amalan masing-masing.

Firman Allah yang bermaksud:
"...Allah Mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan." (Surah al-Maidah: 99)

Apa yang kamu lahirkan dengan perangai kamu yang dapat dilihat, semuanya diketahui oleh Allah termasuk apa yang kamu sembunyikan di dalam hati kamu daripada perasaan kufur dan munafiq.

Allah Ta'ala Maha Mengetahuinya walaupun kamu bercakap dengan lidah bahawa kamu juga seorang Islam pada hal hati kamu tidak percaya kepada Islam. Allah Maha Mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan Dia juga Maha Mengetahui segala-galanya.

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud:
"Tidak sama sesuatu yang buruk dengan yang baik walaupun mengkagumkan engkau banyaknya yang buruk, maka bertaqwalah kepada Allah, wahai orang yang mempunyai akal fikiran supaya kamu mencapai kejayaan." (Surah al-Maidah : 100)

Al-Hassan berkata yang dimaksudkan dengan buruk dan baik di sini ialah halal dan haram. As-Suddi pula berkata, ia adalah orang beriman dan orang yang kafir.

Setengah ulama lain berkata, maksudnya ialah yang taat dan yang derhaka. Setengah ulama berkata dimaksudkan kedua-dua kalimah itu ialah yang buruk dan yang baik.
Al-Qurtubi berkata (di dalam tafsirnya) ia mengandungi semua perkara tersebut. _

KISAH PEMUDA BER IBU BAPAKAN BABI‏

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.....
 JIKA DAH TAU KISAH NI ALHAMDULILLAH. JIKA DAH BACA PUN TAKPE.... BACALAH LAGI...TAK RUGI PUN BACA....SEKEJAP JE... MUNGKIN KITE DAPAT MEMPELAJARI SESUATU DARINYA....
WALLAHUALAM
KISAH PEMUDA BER IBU-BAPAKAN BABI
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina.. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?"..

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.


Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.


Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melaluihantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Nauzubillah…