Friday, 4 September 2015

Bahaya Fitnah

“Sesungguhnya mengada-adakan kebohongan hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itulah para pendusta‘‘ (QS. an-Nahl: 105). 

Fitnah lebih kejam dari pembunuhan, demikian peringatan Allah dalam al-Qur‘an (al-Baqarah: 191). Peringatan ini menunjukkan bahwa perbuatan tersebut sangat terlarang.


Dilarang menyentuh, mendengar, atau menyebar fitnah terhadap sesama manusia. Perbuatan itu membinasakan diri sendiri dan orang lain. Perbuatan ini seringkali melahirkan berbagai kejahatan lainnya, antara lain salah sangka, dendam, pembunuhan, dan sejenisnya. Tidak terhitung berapa banyak sudah korban yang timbul akibat salah sangka, dendam, dan lain-lain. 

Betapa buruknya fitnah, Allah menghukum bagi siapa saja yang melakukan perbuatan tersebut dengan deraan yang amat berat juga. Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda, “’Tidak akan masuk surga orang yang melakukan fitnah (suka mengadu domba)‘‘ (HR Abu Dawud dan At-Thurmudzi)

Dengan demikian, ke neraka lah mereka akan dihalau di akhirat kelak. Kerana besarnya bahaya fitnah, Islam mengajak manusia untuk lebih hati-hati terhadap sesuatu ucapan atau berita yang beredar di sekitar kita.
 
Nabi SAW memperingatkan kita untuk berdiam diri seraya berfikir dan meneliti kebenaran sesuatu kabar sebelum membuat keputusan untuk bertindak. Setiap muslim dianjurkan untuk memelihara lidahnya dari mengucapkan kata-kata yang menimbulkan fitnah. Bahkan Allah mengingatkan bahwa perbuatan ini hanya dilakukan oleh mereka yang tidak beriman atau kafir terhadap petunjukNya. 

Memutar belit sesuatu fakta, mengada-adakan cerita ,menyebarkan berita yang tidak benar tanpa usul selidik adalah amalan biasa manusia yang bertopengkan syaitan laknatullah. Sedang baki kehidupan ini lebih baik dimanfaatkan untuk beramal soleh demi kesejahteraan di akhirat kelak. 

http://idhamlim.blogspot.com
" 

Ibn Shayyad, Apakah dia Dajjal? (Bahagian 1)

"Ini jelas merupakan sebuah pertanyaan yang membingungkan semua orang, baik kalangan ulama salaf mahupun ulama semasa. Tidaklah berlebihan mengatakan bahawa semenjak zaman sahabat hinggalah sekarang ini, manusia masih tetap memberikan pandangan  yang sangat beragam mengenai siapa sebenarnya Dajjal; apakah dia sememangnya adalah Ibnu Shayyad, sebagaimana yang diyakini oleh sebahagian sahabat, ataukah dia adalah orang yang lain?


   Ibnu Shayyad sendiri adalah semula bernama Ashaf, seorang yang beragama Yahudi. Dia sendiri pernah mengaku sebagai seorang bomoh pada masa Rasulullah S.A.W., tetapi kemudian Rasulullah mengujinya supaya dia mahu melihat kenyataan yang sebenarnya dan akhirnya semuanya menjadi jelas bahawa apa yang didakwa olehnya adalah salah. Ternyata semua itu adalah sihir yang diberikan oleh syaitan, kemudian diletakkan didalam lisannya seperti yang diberikan kepada para bomoh. Rasulullah S.A.W bersama sahabat mengalami banyak peristiwa bersama Ibnu Shayyad, yang menurut sebahagian ulama diyakini sebagai Dajjal. Hal itu dapat diringkaskan sebagai berikut:


Percakapan Rasulullah S.A.W dengan Ibnu Shayyad
   Pelbagai kitab sunah memaparkan pelbagai peristiwa yang berlaku antara Rasulullah S.A.W dengan Ibnu Shayyad, juga keterangan Rasulullah S.A.W mengenai Islam, mengajaknya untuk memeluk Islam dan jawapan Ibnu Shayyad, sebagai berikut: 
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a bahawa Umar r.a pergi bersama segolongan sahabat bersama Rasulullah S.A.W menuju rumah Ibnu Shayyad. Rasulullah menjumpainya tengah bermain bersama anak-anak. Ketika itu dia mendekati usia akil baligh . Dia tidak merasakan sesuatu pun hinggalah Rasulullah menepuk pungungnya dan bersabda:



      Rasulullah: “Apakah kamu mahu bersaksi bahawa aku adalah utusan Allah?”
      Ibnu Shayyad : [Dia hanya memandang] dan berkata:” Aku bersaksi bahawa kamu adalah utusan orang-orang yang buta huruf.” Dia balik bertanya. “Apakah kamu mahu bersaksi bahawa aku adalah utusan Allah?”  
      Rasulullah: “Aku beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Bagaimana pendapatmu?”
      Ibnu Shayyad: “Orang yang jujur dan orang yang dusta banyak datang kepadaku.”
      Rasulullah: “Masalahnya menjadi kacau bilau untukmu. Aku menyimpan sebuah teka-teki untukmu.”
     Ibnu Shayyad: “Itu adalah awan.”
     Rasulullah: “ Bodoh. Ternyata kemampuanmu hanyalah sebatas itu.”
     Umar: “ Wahai Rasulullah, izinkan aku memenggal kepalanya.”
     Rasulullah: “Jika dia memang Dajjal, maka kamu tidak ada sebarang kebaikan bagimu membunuhnya.”


Pengawasan Rasulullah S.A.W keatas Ibnu Shayyad
    Teka-teki mengenai Ibnu Shayyad dan siapa dia sebenarnya menjadi masalah yang sangat besar bagi Rasulullah S.A.W sehingga Baginda merasa perlu untuk mengawasi keadaannya untuk mengetahui siapa dia sebenarnya.Dalam banyak hadis disebutkan bahawa Rasulullah S.A.W berusaha untuk mengikut langkah Ibnu Shayyad dan mendedahkan siapa dia sebenarnya, kerana Rasulullah kuatir jika dia itu adalah Dajjal. Ini memandangkan sebahagian perilakunya adalah hamper serupa dengan Dajjal yang terkutuk itu. Beberapa hadis menyebut usaha berikut:


Hadis Ibnu Umar r.a berkata:
    Rasulullah S.A.W berangkat bersama Ubay Ibnu Ka’ab r.a menuju sebuah kebun kurma, dimana Ibnu Shayyad berada disana. Sehingga ketika memasuki kebun kurma itu, Rasulullah S.A.W berusaha  berlindung disebalik dahan pokok kurma. Baginda berusaha mendengar suatu kata yang keluar dari Ibnu Shayyad. Sebelum itu dia dapat melihat kedatangan Rasulullah, Ibnu Shayyad sendiri ketika itu titur-tiduran  disebuah permaidani. Namun ibu Ibnu Shayyad ternyata melihat Rasulullah S.A.W berselindung disebalik dahan pokok kurma. Dia pun berteriak: “Hai Shaafi.” Ittulah nama asal Ibnu Shayyad. Diapun segera berlari. Rasulullah S.A.W bersabda: “Andai sahaja wanita itu mahu membiarkannya, tentulah sudah jelas siapa dia.”


   Ibnu Hajar berkata. Sabda: “Andai wanita itu mahu membiarkannya, tentulah jelas siapa dia”, dapat diertikan bahawa siapa sebenarnya Ibnu Shayyad akan menjadi jelas dari apa yang dapat kami lihat darinya. Andai sahaja sang ibu tidak berteriak, tentulah Ibnu Shayyad akan terus melakukan apa yang sedang ia lakukan, sehingga kami dapat mendengar apapun yang dapat menyingkap siapa dia sebenarnya.

"
 

Jangan campuri urusan agama kami

Majlis Fatwa baru dikatakan akan mengkaji dan mengeluarkan fatwa berkenaan "yoga" tetapi tindakan tersebut telah mencetuskan kontroversi sehingga membabitkan rakyat yang bukan Islam. Tidak pernah sebelum ini fatwa-fatwa diulas dan diberi komen oleh mereka yang diluar kelompok Islam sebagaimana yang berlaku pada hari ini, mungkin inilah yang dikatakan konsep keterbukaan dan liberalisasi Islam?!


Bagi umat Islam di Malaysia, soal samada mereka menerima atau menolak satu-satu fatwa itu terpulanglah kepada individu masing-masing. Yang jelas keputusan majlis fatwa biasanya samada diterima atau kalau tidak pun dibiarka dan didiamkan begitu sahaja, mungkin kerana tidak mahu mencetuskan konroversi atau dilihat merendah dan mempersendakan institusi agama.

Contohnya di Selangor semasa almarhum Ustaz Dato Ishak Baharom menjadi mufti dahulu rokok pernah difatwakan haram, memang berat untuk para perokok tegar yang beragama Islam untuk terima, tetapi tidak ada siapa yang membantah secara terbuka. Fatwa biasanya diwartakan untuk memberikan ia kuatkuasa undang-undang.

Fasal 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 berbunyi:

Tertakluk kepada seksyen 51, Jawatankuasa Fatwa hendaklah, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan, dan bolehlah atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan oleh mana-mana orang yang dibuat melalui surat yang dialamatkan kepada Mufti, menyediakan suatu fatwa atas apa-apa persoalan yang belum muktamad atau yang menimbulkan kontroversi berhubungan dengan Hukum Syara'.

Itu bagi negeri Selangor, dan sudah pastilah lebih meluas skopnya apabila tiba keperingkat Majlis Fatwa Kebangsaan.

Apa pun saya ingin menegaskan bahawa isunya, fatwa-fatwa ini adalah terkena dan berhubung-kait dengan hal-ehwal masyarakat Islam sahaja, ianya tidak ada kena mengena dengan penganut agama lain. Oleh itu saya menyarankan agar pihak-pihak yang berwajib memberi peringatan kepada masyarakat bukan Islam agar tidak terbabit dalam mengeluarkan pandangan lebih-lebih lagi kritikan dan cemuhan terhadap hal-ehwal masyarakat Islam.

Ianya sama-sekali tidak membantu dalam hubungan antara kaum dan lebih akan mencetuskan ketegangan yang akhirnya akan merugikan semua pihak. Biarlah umat Islam yang berhadapan dengan isu yang berkaitan dengan hal-ehwal mereka.

Saya tersentuh dan amat dukacita apabila membaca ruangan "SMS your views" dalam akhbar The Star hari ini dan merasakans eolah akhbar tersebut seakan turut seronok menyiarkan komen-komen yang bagi saya mampu mencetuskan kemarahan pihak lain. Terdapat 4 komen di bawah tajuk "Yoga is exercise":

1) The fatwa council has nothing better to do-ban yoga? Yoga class has nothing to do with religion!
2) STUPIDITY…Yoga is a form of fitness same as tai chi…why r some morons mixing it with religious belief
3) NAT'L Fatwa Council is the biggest non-productive body in the country
4) PLS ask Nat'l Fatwa Council how to improve the economy of country and bring in foreign investment and how to make us a developed country


Saya tidak tahu adakah mereka yang memberi komen di atas ini terdiri dari masyarakat Islam atau bukan Islam tetapi siapa pun mereka saya menganggap ia mencampuri urusan Islam dan sangat tidak beradab dan biadap.

Sementara itu sekadar untuk renungan di muka 37 akhbar yang sama dilaporkan bahawa rupa-rupanya bukan hanya masyarakat Islam yang mula ragu tentang amalan "yoga" ini malah beberapa kumpulan penganut Kristian tempatan juga sangsi kerana hubungan amalan berkenaan dengan kepercayaan Hindu.

Mereka juga menegaskan jika amalan "yoga" ada kaitan dengan kepercayaan Hindu maka ianya tidak boleh diamalkan oleh penganut Kristian.

sila ke blog Roslan SMS: http://n32.blogspot.com

Air Mata Keinsafan

"Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi?
Kenapa begiru sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku?
Begitu hitamkah hati ku ini?
Begitu menggunungkah dosa diri ini?
Layakkah aku untuk meminta ampunanMu ya Allah?
Masih adakah ruang untuk hidayahMu bertapak dalam ruangan hati hitam ini ya Allah?


Kenapa begitu susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa…?
Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w?
kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain?
Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam….
Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah..
Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah……
Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu...

Ya Allah……
Hinanya diri ku ini ya Allah…
Kotornya diri ku ini ya Allah…
Jijiknya diri ku ini ya Allah…
Berilah hidayah padaku ya Allah…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat…
Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku…
Aku tidak sanggup jika Kau berpaling dari memandang diri ini…
Tidak sanggup ya Allah….
Segala-galanya aku berserah pada Mu…
Aku tidak apat membayangkan diriku tanpa pimpinan-Mu ya Allah…
Aku tidak sanggup menjadi sehina-hina manusia pada pandangan-Mu…
Astaghfirullahalazim…
Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku….
Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya….
Air mata membasahi pipi….
Adakah ini air mata keinsafan???
Ini adalah air mata kehinaan yang melanda diri ini…
Diri ini sedih dengan apa yg telah hambaMu ini lakukan….
Aku ingin meminta sesuatu dari Mu..
Tapi aku sungguh malu padaMu ya Allah..

Aku teringat perjuangan Hassan Al-Banna..
Aku sangat mengagumi perjuangan beliau…
Aku mengagumi perjuangan Syed Qutub…
Tapi ya Allah…aku malu ya Allah untuk menyatakannya…
Masih layakkah diri ini menyebut nama Hassan Al-Banna? Nama syed Qutub?
Masih tersisakah pejuang sepertinya untuk diri ini….
Malunya aku ya Allah dengan permintaan ini...
Aku tidak layak memikirkan tentangnya..
Wanita seperti manakah yang Kau pilihkan untuk mereka…?
Wanita yang bagaimanakah yang telah Kau pilih untuk melahirkan mereka?
Semestinya seperti Zainab Al-Ghazali dan mereka yang seangkatan dengan beliau…
Aku ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka. 
Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah. 
Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita. 
Aku ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid seperti Hassan Al-Banna.
Masih tersisakah mujahid seperti Al-Banna untukku ya Allah…?
Layakkah diri ini untuk menjadi peniup semangatnya?
Aku sungguh malu menyatakannya ya Allah…
Sungguh hina diri ini…sungguh kotor diri ini…
Sungguh lemah diri ini untuk mujahid seperti mereka…

Air mata ini jika dialirkan hingga titisan terakhir,
namun ia masih tidak mencukupi untuk menyatakan rasa bersalah dengan dosa-dosa diri ini yang menggunung tinggi...

Ya Allah…..
Pimpinlah daku…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat cuma
Aku tidak sanggup dibiarkan dlm lumpur dosa2 hina….
Ampunilah aku ya Allah….
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim…


Note: Jika ini adalah bahan petikan daripada laman lain, sila nyatakan sumber bagi menyerlah etika. - TP"
 

Darihal solat umat Islam dan solat Yahudi

Ali Bukhari Amir 
Sun | Nov 02, 08 | 5:21:56 pm MYT

Dalam solat seharian, kita diwajibkan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat. Malah, menurut jumhur ulamak melalui sesetengah hadis, mereka menfatwakan bahawa tak sah solat itu jika tidak disertai oleh al-Fatihah.

Iklan
 
 
  
Bahawa, dalam surah al-Fatihah itu sendiri terkandung suatu doa yang sangat agung. Iaitu "Tunjukilah kami ke jalan yang lurus."(al-Fatihah:6)

Maka sebab itulah sebelum Rasulullah s.a.w wafat, diriwayatkan tidak lekang bibirnya itu daripada menyebut 'umatku' dan 'as-Solat'. Menurut hemat saya, solat itulah yang terawal diperintah ke atas Nabi Musa a.s ketika baginda bertemu dengan Tuhan di puncak sebuah bukit tatkala mahu mengambil percikan api di atas bukit tersebut.

"Dan, dirikanlah solat untuk mengingatiKu!" demikianlah firman Tuhan kepada Musa a.s tatkala baginda berdiri di atas Bukit Thursina.

Oleh kerana Musa menerima perintah solat di tempat yang tinggi seperti bukit maka pada masa Nabi Muhammad pula, Allah mengangkatnya ke tempat tertinggi tatkala menerima perintah solat, iaitu baginda menerimanya di langit tertinggi dalam kes Isra' Mikraj.

Tidak cukup dengan itu, Allah s.w.t mempertemukan semula Nabi Musa dengan nabi kita untuk berunding mengenai satu perkara berhubung solat ke atas umat Muhammad.

"Mintalah dari Allah, pengurangan solat itu wahai saudaraku Muhammad. Sesungguhnya umatku sendiri terbeban dengan sebab solat," demikian wasiat Musa terhadap saudaranya yang tercinta, Muhammad s.a.w.

Sebagai seorang yang selalu kasih akan umatnya, baginda akur dengan pesan saudaranya di alam roh itu. Lalu baginda naik semula dan turun semula bertemu Musa untuk beritahu akan jumlah pengurangan itu. Musa berkeras dengan katanya:

"Minta dikurangi lagi.. masih besar bebanan solat itu," demikian Musa mendesak.

Turun naik Rasulullah s.a.w itu akhirnya menjadikan bilangan solat yang diwajibkan tadi cuma tinggal lima waktu, seperti yang ada pada zaman kita ini. Allah mengurangkan nilai rakaat dan waktu

"Cukup-cukuplah wahai saudaraku Musa. Aku khuatir.. setiap kali naik, Allah kurangkan kepada 5. Jadi, sekarang tinggal 5. Kalau naik kali ini, jangan-jangan sudah tiada apa-apa yang tinggal untuk umatku," demikian hujah baginda. Musa pun akur.

Maka, solat ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w ini sangat istimewa sifatnya. Ini kerana, baginda Rasulullah s.a.w dijemput naik ke langit untuk menerima perintah solat. Hal ini tidak seperti rasul-rasul yang terdahulu.



Solat umat Muhammad s.a.w, dibahas Musa a.s
Kedua, tidak seperti nabi-nabi lain, wasiat terakhir sebelum baginda wafat ialah umatku dan solat. Kisah pesanan terakhir ini tidaklah termasyhur dalam kalangan rasul terdahulu. Cuma ia termasyhur dalam kisah perjuangan dakwah Rasulullah s.a.w sahaja.

Ketiganya, solat ke atas umat baginda ini telah dikupas, dibahas serta didebatkan seorang nabi dan rasul yang sangat terkenal kisah perjuangannya di dalam al-Qur'an. Kepada nabi Musa, kita patut berterima kasih, kerana dengan sebab pesannya, maka kita mendapatkan keringanan yang sangat besar. Tidak terbeban rasanya menjalani kehidupan ini.
Solat ke atas umat-umat terdahulu, tiada 'campurtangan' oleh nabi-nabi sebelumnya. Dan, saat mendapat perintah solat itu, Rasulullah s.a.w menerima penghormatan menjadi imam solat di mana makmum baginda adalah sekalian nabi yang terdahulu daripadanya.

Semua ini menyebabkan solat umat Nabi Muhammad terpandang sebagai istimewa. Dan, kerana wujudnya 'campurtangan' Musa a.s ke atas tatacara solat terhadap umat Rasulullah s.a.w inilah, maka kita patut berasa berbangga kerana Nabi Musa mengiktiraf, menyetujui tatacara solat umat Nabi Muhammad ini.

Sekali gus, kisah Isra' Mikraj ini adalah suatu tamparan hebat ke atas dakwaan Yahudi ini bahawa solat umat Islam meniru-niru solat umat Yahudi. Malah kaum Yahudi perlu sedar bahawa junjungan mereka sendiri, Nabi Musa telah mengiktiraf solat umat Muhammad di dalam peristiwa bersejarah itu. Jadi, kenapa tidak diikutkan saja tatacara solat kita?

Bani Israel diminta bersolat bersama umat Islam
"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama mereka yang rukuk." (al-Baqarah: 43)

Ada riwayat menyebut bahawa dalam solat umat Yahudi tiada rukun yang bernama rukuk dan sebab itulah di dalam ayat di atas, Allah s.w.t memerintahkan Bani Israel untuk terus bersama-sama umat Muhammad, meneruskan solat sebagaimana solat yang telah diiktiraf oleh junjungan besar mereka, Nabi Musa a.s sendiri, iaitu solat yang ada rukuk.

Maka, Tuhan berpesan kepada Bani Israel, rukuklah bersama orang yang rukuk. Sebab, di dalam solat Bani Israel, tiada rukun yang bernama rukuk. Wallahu'alam..

Dalam sebuah paparan klip video yang tersebar luas di internet YouTube ada ditunjukkan mengenai betapa solat umat Islam itu sendiri telah meniru-niru tatacara solat Yahudi. Hal ini sepatutnya didebat bersama jika mereka benar-benar jujur menerima kebenaran.

Lihatlah juga pendapat Buya Hamka melalui tafsirnya yang terkenal, iaitu Tafsir al-Azhar berhubung surah al-Baqarah, ayat 43 tersebut.

Kemudian mengapa disuruh lagi rukuk bersama dengan orang yang rukuk? Tidakkah cukup dengan perintah sembahyang saja? Apakah ini bukan kata berulang?

Bukan! Ada juga orang yang berfaham bahawa asal aku sudah sembahayang sendiri di rumahku, tidak perlu lagi aku bercampur dengan orang lain. Itulah yang salah! Sembahyang sendiri pun belum sempurna, tetapi rukuklah bersama-sama dengan orang yang rukuk, bawalah diri ke tengah masyarakat. Pergilah berjemaah!

Maksud kedua, arti rukuk ialah khusyuk. Jangan hanyaa asembahyang asal sembahyang, sembahyang mencukupi kebiasaan sehari-hari saja, tidak dijiwai oleh rasa khusyuk dan ketundukan.

Inilah yang diserukan kepada Bani Israel itu yakni agar mereka teruskan saja agama yang diajarkan Musa kepada lanjutannya, iaitu yang diteruskan oleh Muhammad s.a.w agar mereka menjadi Muslim, menyerah diri kepada Tuhan, dan hiduplah sebagai Muslim yang sejati.

Sekian catatan, nukilan dan pandangan Buya Hamka. Umat Muhammad s.a.w sepatutnya berbangga dan bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberi keringanan dalam solat itu. Juga, patut berterima kasih atas kasih sayang Rasulullah s.a.w yang berusaha kerasa demi mendapatkan keringanan solat itu kepada kita.

Tidak dilupa juga, kita perlu melebarkan dakwah kepada umat Yahudi, mengajak mereka bersolat dan rukuk bersama kita kerana memang itulah perintah Allah ke atas mereka dan sebagai lafaz tanda terima kasih kita ke atas Nabi Musa a.s yang telah membantu baginda Rasulullah s.a.w dalam urusan memberi idea untuk meringankan beban solat kita ini.

5:07 petang, 4 Zulkaedah 1429 
Sekolah Pemikiran Kg Baru. 
_

FORUM AGAMA : BENARKAH KITA MUSLIM YANG BERILTIZAM DENGAN ISLAM?

Ustaz Zainudin Hashim 
Sun | Nov 02, 08 | 9:53:50 am MYT
Iltizam (komited) dengan Islam membawa maksud, pelaksanaan aspek dan konsep agama yang dilakukan oleh seorang muslim dengan memelihara hubungan intimnya dengan Allah SWT selaku Pencipta.





 
  
Dengan kata lain, iltizam itu ialah segala tindakan dan tingkah laku muslim bagi merealisasikan makna Islam, iaitu menyelamatkan bangsa manusia atau penyerahan diri mereka hanya kepada Allah dengan sebenar-benarnya menerusi pengamalan agama dalam segenap bidang kehidupan, kepercayaan (akidah), peribadatan, perlakuan, perhubungan atau pergaulan sesama manusia.

Begitu juga dengan masyarakat umat Islam dikatakan sebagai umat yang beriltizam dengan Islam, apabila melaksanakan tuntutan agama dalam pegangan akidah mereka, kepercayaan, peribadatan, perlakuan, perhubungan dan pergaulan sesama umat Islam dan manusia sejagat.
Bukti iltizam itu telah dirakam oleh Allah SWT dalam ayat 162 surah al-An�am yang bermaksud : Katakanlah (wahai Muhammad) �Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam�.

*Iltizam juga diungkapkan sebagai mencapai atau merealisasi perutusan kejadian manusia, perkara ini telah disebut oleh Allah dalam surah az-Zariyat ayat 56 yang bermaksud : �Tidak Aku (Allah) menciptakan jin dan manusia, melainkan untuk menyembah (beribadat) kepada-Ku�.

*Selain itu, iltizam juga diertikan sebagai menerima segala hukum-hakam Allah dalam al-Quran dan apa yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w dengan pasrah dan bersungguh-sungguh, hakikat ini diperjelaskan oleh Allah menerusi ayat 36 surah al-Ahzab yang bermaksud : �Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak pula bagi wanita yang beriman, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka�.

Justeru, kita perlu bertanya pada diri sendiri, apakah kita termasuk dalam golongan orang-orang yang beriltizam dengan Islam, atau hanya berpura-pura atau menerima Islam separuh-separuh ataupun menerima Islam apabila sesuai dengan naluri, dengan kata lain, Islam tunduk pada kehendak kita, bukannya kita yang patut tunduk dan akur kepada segala ajaran Islam.



Tanda beriltizam kepada Islam
Para ulama� bersepakat mengatakan bahawa, iltizam itu dapat dikenal pasti menerusi penyerahan diri muslim pada perkara yang zahir dan batin. Dalam perkara zahir, seorang muslim itu melaksanakan segala perintah Allah yang wajib ditunaikan seperti pelaksanaan ibadat solat, puasa, haji, zakat, memakai hijab (tudung kepala) bagi muslimat, berakhlak mulia dan lain-lain.

Sementara dalam perkara batin pula, seorang muslim itu wajib beriltizam dengan aspek ketuhanan dalam mentauhid (mengesakan) Allah, bertakwa kepada-Nya, takut kepada ancaman dan hukuman-Nya, mengharapkan keampunan dan rahmat hanya daripada-Nya dan banyak lagi.

Justeru menurut para ulama�, jika seseorang itu menzahirkan kepada manusia kebaikannya seperti banyak solat sunat, puasa sunat, suka menderma, suka tolong orang lain, berulang alik ke masjid, sedangkan dia tidak begitu, suka mengumpat, memfitnah orang, menuduh orang tanpa bukti kukuh, pakai tudung kepla pada masa tertentu, maka dia dikatakan tidak beriltizam dengan Islam, atau paling tidak dikatakan iltizamnya masih berkurangan.

Kerana iltizam itu tidak dapat dibuktikan pada amalan sehari dua, malah ia perlu berterusan tanpa niat untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain, ia dilakukan atas dasar ikhlas kerana Allah SWT.

Jalan terbaik untuk mengekalkan iltizam kepada Islam, ialah bersahabat dengan orang-orang yang baik-baik, apatah lagi mereka yang dapat mengingatkan diri kita kepada Allah SWT, menyuruh yang makruf, mampu pula mencegah kemungkaran, berdakwah dengan penuh hikmah, berakhlak mulia, tidak wujud sebarang kepentingan dunia, apa yang diharap hanyalah keredaan Allah, ia menepati seruan Allah menerusi ayat 28 surah al-Kahfi yang bermaksud : �

Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru kepada Allah, di waktu pagi dan malam dengan mengharapkan keridaan-Nya, janganlah kamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan (habuan) kehidupan dunia ini, janganlah kamu mengikuti orang-orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami serta mengikut hawa nafsu, sesungguhnya urusan hidup mereka telah melampaui batas�.

Mudah-mudahan, kita mampu dan boleh berdoa kepada Allah SWT, agar menjadikan diri kita, isteri, anak-anak, adik-beradik, terlebih lagi kedua iba bapa kita, agar dimasukkan dalam kategori hamba Allah yang sentiasa dan kekal beriltizam dengan Islam, berjuang kerananya dan mati pada jalannya, Amin. _

Sunday, 17 May 2015

TELADANI TOKOH PEMBEBASAN AL AQSA


Adakah Solahuddin al-Ayyubi berbangsa Palestin? Jawapannya bukan. Adakah Solahuddin berbangsa Arab? Jawapannya juga bukan. Kenapakah Solahuddin yang bukan berbangsa Palestin dan bukan orang Arab ini telah berhabis-habisan sehingga seluruh usianya digunakan untuk pembebasan Masjid al-Aqsa dan Palestin? Ini adalah satu soalan cepu emas yang perlu dijawab oleh kita semua.
Solahuddin al-Ayubi atau nama sebenarnya Solahuddin Yusuf bin Ayyub telah dilahirkan pada tahun 1137M atau 532 Hijrah di kota Tikrit, yang terletak di antara Mosul dan Baghdad dan berhampiran dengan Sungai Tigris.


Asal usul beliau adalah dari suku bangsa Kurdish dan ayahnya adalah seorang gabenor. Semasa kecilnya Solahuddin mendapat pendidikan ilmu ketenteraan daripada bapa saudaranya Asaduddin Shirkukh yang merupakan seorang panglima perang. Beliau dibesarkan sama seperti anak-anak Kurdish biasa.
Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada seorang pun yang menyangka suatu hari nanti dia akan membebaskan kembali Masjid al-Aqsa dan Palestin dari tentera Salib. Walau bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya ke arah itu.
Kerjayanya seorang pejuang
Kerjayanya bermula sebagai tentera berkuda Nuruddin Zanki, Sultan Aleppo, kemudian dia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh kerajaan Fatimiyah yang berfahaman Syiah. Pada mulanya Salahudin berasa berat hati hendak berangkat ke Mesir kerana lebih sayangkan Aleppo. Apabila Salahudin sampai di Mesir keadaan beliau tiba-tiba berubah. Dia yakin Allah telah memberi tanggung jawab kepadanya untuk membebaskan Masjid al-Aqsa dan Palestin dari penjajahan Salib. Dia menjadi seorang yang zuhud dan tidak tergoda dengan kesenangan dunia.
Solahuddin bertambah warak dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin. Dia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup sederhana yang menjadi contoh kepada tenteranya. Dia menumpukan seluruh tenaganya untuk membina kekuatan Islam bagi menawan semula Baitul Maqdis. Pernah beliau ditanya akan kenapa beliau sentiasa kelihatan serius dan tidak pernah ketawa. Namun beliau menjawab, “Bagaimana mungkin untuk aku ketawa sedangkan Masjid al-Aqsa masih berada di bawah jajahan musuh”.
Sehubungan dengan itu Salahudin telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad. Pemikiran Solahuddin sentiasa tertumpu kepada perjuangan di jalan Allah. Semangat beliau yang sentiasa berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Dia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad dia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini dia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya.

Dalam medan peperangan dia begitu tangkas bergerak bagaikan seorang ibu yang kehilangan anak. Dia akan bergerak pantas dari satu penjuru ke penjuru yang lain dalam usaha menaikkan semangat tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah. Dia sanggup pergi ke pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak umat Islam supaya bangkit membela Islam. Dia lebih gemar berpuasa sekalipun di medan peperangan.



Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Solahuddin untuk menawan Baitul Maqdis. Hajat Solahuddin yang terbesar iaitu untuk menawan kembali Baitul Maqdis akhirnya tercapai pada hari Jumaat, 15 Oktober 1187 atau 27 Rajab 583H , iaitu pada hari Isra’ dan Mi’raj. Solahuddin dan tenteranya berjaya memasuki Baitul Maqdis dan umat Islam kembali memiliki Masjid al-Aqsa setelah 88 tahun ianya dijajah musuh.
Ini adalah hari kemenangan atas kemenangan. Orang ramai dan pemimpin-pemimpin umat Islam datang untuk merayakan kemenangan ini. Laungan takbir, tahmid dan tasbih telah bergema ke angkasa.
Kehebatan peribadi pejuang
Sifat penyayang dan belas kasihan Solahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeda daripada kekejaman tentera Salib. Solahuddin tidak membalas dendam setelah menang ke atas salib bahkan telah menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah. Orang-orang Kristian sebenarnya sangat beruntung apabila tidak seorang pun dari pihak mereka yang telah dibunuh apabila Solahuddin dan tenteranya menang. Malah Solehudin telah membenarkan penganut semua agama (Islam atau Kristian atau Yahudi) untuk bersembahyang di tempat-tempat suci masing-masing di bandar tersebut.
Walaupun berbeza kepercayaan, Solahuddin al-Ayubbi juga amat dihormati di kalangan pembesar dan pemimpin Kristian terutamanya Raja Richard. Raja Richard pernah memuji Salahuddin sebagai seorang putera agung dan merupakan pemimpin paling hebat di dalam  dunia Islam. Selepas perjanjian damai ditandatangani di antara pihak salib dan Islam, Richard dan Solahuddin telah bertukar-tukar hadiah di antara satu sama lain sebagai lambang kehormatan walaupun kedua-dua pemimpin ini tidak pernah bersua muka.

Sebaliknya pula tindak-tanduk tentera Salib ketika mereka menawan Baitul Maqdis kali pertama pada tahun 1099, sebagaimana yang ditulis oleh Ibnu Khaldun menyatakan bahawa, “Ketika tentera Salib mengganas selama seminggu di Baitul Maqdis, mereka melakukan rompakan, pemerkosaan dan membakar rumah-rumah penduduk. Apabila dihitung jumlah mayat-mayat di sekitar masjid, di dalam rumah dan di sepanjang jalan, jumlahnya tidak kurang daripada 70 ribu orang umat Islam yang tidak berdosa”.
Di dalam setiap peperangan Solahuddin sentiasa berbincang dalam majlis yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. Semua yang terlibat mempunyai sumbangan yang penting dalam membuat sebarang keputusan. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka akan  memberikan ketaatan mereka kepada Solahuddin.
Perhubungan dengan Allah
Solahuddin adalah seorang yang wara’ dan sentiasa melakukan solat berjemaah. Bahkan ketika sakitnya pun dia memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Bahkan sentiasa mengerjakan sembahyang Tahajjud. Solahuddin tidak pernah membayar zakat harta kerana tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Dia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya dia tidak meninggalkan harta.
Catatan-catatan dari lembaran sejarah juga menyaksikan bahawa Solahuddin sangat teringin untuk ke Mekah bagi menunaikan fardhu haji tetapi dia tidak pernah berkesempatan untuk berbuat demikian disebabkan kesibukan beliau berjihad untuk membebaskan Masjid al-Aqsa dan juga kerana kesempitan kewangan.
Dia sangat gemar mendengar bacaan Quran. Di medan peperangan dia kerap kali duduk mendengar bacaan al-Quran oleh tentera-tentera yang dilawatinya sehingga 3 atau 4 juzuk semalam. Dia mendengar dengan sepenuh hati sehingga berlinangan air mata yang membasahi dagu dan janggutnya.
Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah swt. Dia sentiasa meletakkan segala harapannya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika dia berada di Baitul Maqdis di dalam keadaan yang sangat sukar dan seolah-olah tidak dapat bertahan lagi daripada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak, beliau enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Di sepanjang malam, beliau bersolat sambil menangis sehinggakan air matanya membasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Kemudian, perbalahan sesama sendiri berlaku di antara tentera-tentera musuh yang menghasilkan berita yang baik bagi tentera Solahuddin beberapa hari selepasnya. Akhirnya tentera salib membuka khemah-khemah mereka dan berangkat dari bandar suci tersebut.
Solahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang untuk menentangnya. Dalam peperangan Hittin, angkatan tentera Salib berjumlah sehingga 63 ribu orang, tetapi Solahuddin menghadapinya dengan tentera yang hanya seramai 12 ribu orang. Berkat kesungguhan perjuangan mereka dan dengan pertolongan Allah, mereka telah menang.
Solahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Di samping Quran dia juga banyak menghafal syair-syair Arab. Beliau juga adalah seorang yang berpengetahuan tinggi dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadith, syariah, usul fiqh dan juga tafsir Quran.
Solahuddin kembali ke rahmatullah pada usia 55 tahun pada hari Rabu, 27 Safar, 589 Hijrah atau 1193 Masihi. Dia tidak meninggalkan harta kecuali 1 dinar dan 47 dirham. Beliau juga tidak meninggalkan harta dan rumah atau tanah. Bahkan betapa sedikitnya harta yang ditinggalkan sehingga ianya tidak cukup untuk belanja pengkebumiannya, hinggakan kain kafan beliau itu pun diberikan oleh salah seorang menterinya.
Begitulah kehebatan tokoh pembebasan Al Aqsa dan bumi Palestin yang bernama Solahuddin al-Ayyubi.


Bagaimana pula dengan kita? Tidakkah kita juga turut merindui suasana manis meraikan kemenangan membebaskan bumi tercinta ini?