Friday, 4 September 2015

Pejuang atau Penderhaka?

Haji Mat Hassan merupakan seorang tokoh yang tidak asing lagi di mata sejarawan-sejarawan tempatan. Seorang pejuang yang gugur syahid dalam perjuangan mempertahankan kedaulatan Islam.


Siapa Haji Mat Hassan?

Haji Mat Hassan lebih dikenali dengan nama Tok Janggut. Dikatakan beliau mendapat gelaran ini kerana janggut panjangnya. Bagaimana kalau aku katakan yang nama Tok Janggut ini sengaja dipopularkan berbanding dengan nama asal beliau kerana ia adalah SATU STRATEGI BRITISH untuk menenggelamkan atau menyembunyikan unsur-unsur jihad yang diperjuangkan oleh Tuan Haji. Sekadar pendapat peribadi.

Isu 1: Ada apa dengan haji?

Bilamana disebutkan nama seseorang itu bermula dengan Haji, contohnya Haji Wan, akan terbayang kepada kita wajah seorang pakcik yang tenang wajahnya, berkopiah, dan sedang senyum ke arah kita. Satu bayangan atau persepsi yang dirasai oleh semua orang tanpa perlu diajarkan kepada mereka. Kesamaan universal!

Mungkin ada yang kurang faham sejauh mana peranan Haji dalam kebangkitan masyarakat menentang penjajah. Untuk melihat impak Haji ini kita kena terjun dan menyelami situasi masyarakat nusantara pada ketika itu. Haji ketika itu dikenali sebagai satu fenomena! Fenomena Haji AMAT DITAKUTI oleh penjajah sehingga memaksa seorang orientalis yang tersohor, Dr. Christian Snouck Hugronje menjalankan satu penyelidikan khusus bagi mendalami amalan agama dan adat budaya masyarakat setempat.(Acheh)

Hasil dari penyelidikan Snock Hugronje, beliau mengatakan:

“Belanda tidak perlu takut kepada pengaruh Haji Indonesia kerana mereka hanya pulang dengan serban, iaitu symbol Haji semata-mata dan tidak semestinya bersikap benci kepada orang kafir. Tetapi jika mereka pulang dengan ilmu pengetahuan Islam sebagai satu cara hidup lengkap, termasuk politik maka kelompok haji ini mesti diawasi oleh pihak penguasa….”

Hebatnya pengaruh Haji ini sehinggakan British mengeluarkan arahan memaksa Sultan Muhammad IV mengeluarkan titah perintah melarang rakyat (yang dikalangannya terdapat ramai ulama) menyokong kerajaan Turki Uthmaniyyah. Malah British juga memaksa mufti Kelantan ketika itu mengeluarkan satu surat sokongan menyokong kerajaan British dalam peperangan!

Ringkasnya kita dapat simpulkan yang nama Haji Mat Hassan itu sahaja sudah cukup untuk menggerunkan British ketika itu!

Isu 2: Cukai yang membebankan

Semasa dibangku sekolah dahulu, aku diajar yang kebangkitan Tok Janggut adalah disebabkan oleh cukai semata-mata. Sebelum pergi dengan lebih jauh lagi, syabas dan tahniah aku ucapkan kepada pihak kementerian kerana hari ini fakta tersebut telah diperbetulkan!

Sultan Mansur merupakan Sultan Kelantan yang memakai gelaran Sultan Muhammad III. Sultan Mansur merupakan seorang sultan yang taat beragama dan warak. Baginda termasuk umara’ yang mendampingi ulama. Antaranya adalah, Haji Abdul Malik Sungai Pinang, Tok Ku Syed Hakim@Syed Muhammad bin Syed Alwi, Imam Haji Nik Wan Daud, Imam Haji Abdullah, Imam Haji Mahmud Tuan Padang, Haji Muhammad Ta’, Haji Ismail Langgar, Haji Daud Kampung Menuang, Haji Taib anak Tuan Padang dan Haji Nik Abdul Rahman Dakwat. (Perhatikan kaitan Haji dan ulama!!!)

Sultan Mansur Syah telah menguatkuasakan perlaksanaan undang-undang SYARAK dalam acara guaman sama ada jenayah ataupun mal. Selain perlaksanaan undang-undang hudud ke atas pencuri dan qisas ke atas pembunuh, baginda juga menguatkuasakan undang-undang ta’zir ke atas orang-orang yang tidak berpuasa dan perempuan yang tidak menutup aurat.

Sesungguhnya, zaman Sultan Mansur merupakan suatu zaman gemilang dalam sejarah perundangan Islam dan kehidupan keagamaan rakyat negeri Kelantan. Daulat Tuanku.

Kelantan menerima pengaruh British yang bertindak sebagai penasihat semenjak tahun 1903 namun British terlibat secara lansung dalam pentadbiran Kelantan selepas 1910 setelah Kelantan membantah Perjanjian British-Siam 1909.

Campurtangan British dalam pentadbiran Sultan Muhammad IV menyaksikan British memperkenalkan peraturan baru. Antaranya adalah Sistem Pemilikan Tanah Torrens! Bilamana system ini diperkenalkan, secara automatiknya ia menolak undang-undang tanah tradisional Melayu.

Apa undang-undang tanah tradisional Melayu?

Nah, buka mata anda. Ketahuilah semua bahawa undang-undang tanah tradisional Melayu adalah undang-undang tanah ISLAM!!, iaitu berdasarkan prinsip ihya(usaha) dan thajir(tanda). Maka pengenalan system tanah baru sekaligus MENOLAK undang-undang Islam!

Sahabat-sahabat sekalian, kalau sekarang ini bilamana PAS menyuarakan keinginan untuk melaksanakan Hudud, kala itu sudah ada penyokongnya kerana mereka sudah tahu keberkesanannya. Apatah lagi reaksi masyarakat yang ketika itu sememangnya HIDUP di bawah perlaksanaan hukum Islam(Zaman Sultan Mansur), lalu tiba-tiba ingin dihapuskan! Maka ketahuilah sahabat-sahabat semua, perjuangan Tok Janggut dan kawan-kawan bukan setakat menentang cukai yang tinggi tapi yang lebih penting daripada itu adalah perjuangan MENENTANG PENGHAPUSAN UNDANG-UNDANG ISLAM!

Saat itu menyaksikan rakyat membantah cadangan British ini. Surat-surat bantahan dihantar oleh rakyat kepada pihak berkuasa. Salah satunya, datang dari penduduk Kampung Cherang Tuli. Kampung Cherang Tuli merupakan salah sebuah kampung yang terlibat dalam kebangkitan ini. Nah, lihatlah sendiri, penentangan ini BUKAN penentangan cukai semata-mata, tapi PENENTANGAN PENGHAPUSAN UNDANG-UNDANG ISLAM!

Isu 3: Kebangkitan peribadi

Terima kasih kepada Prof Nik Anuar Nik Mahmud di atas kupasan yang cukup menarik dalam isu ini. Mungkin ada yang mengatakan kebangkitan Haji Mat Hassan ini lebih bersifat individu, kebangkitan untuk meraih kepentingan sendiri semata-mata. Atau mungkin ada yang berpendapat pemberontakan ini hanya berpunca dari kekecewaan pembesar daerah mengenai kekuasaan dan kedudukannya.

Aku ingin bertanya:

Berapa usia Tok Janggut@Haji Mat Hassan ketika beliau memimpin penentangan ini?

Tok Janggut pada ketika itu berusia 65 tahun. Ulangan, 65 tahun. Apakah seorang yang sudah berusia sanggup melawan British yang sangat berkuasa itu atas dasar kepentingan diri semata-mata? Bukankah harga yang perlu dibayar dengan menentang British jauh lagi MAHAL berbanding harga cukai tinggi yang dikenakan!

Harga sebuah perjuangan!

Harga sebuah perjuangan?



Sahabat,

British punya angkatan tentera yang tidak usah dicerita akan ramainya. Punya puluhan kapal-kapal perang yang sedia membedil mereka-mereka yang membuat angkara.

Tapi mereka yang memberontak di Pasir Puteh ini memiliki apa?

Mereka tidak ada kapal perang.

Mereka tidak ada bedil-bedil atau senapang-senapang secanggih askar British.

Mereka tidak punya angkatan tentera yang ramai.

TAPI MEREKA MEMILIKI SEMANGAT JIHAD FISABILILLAH!!

Semangat inilah yang dibuktikan oleh Khatib Abu Bakar yang berdepan dengan tentera Inggeris berbangsa Sikh tanpa rasa gementar dan takut sedikit pun. Beliau hanya bersenjatakan sebilah golok!

Isu 4: Pemberontakan reaktif


“Pemberontakan di Pasir Puteh ini adalah sebagai satu respon di atas tindakan British yang kurang ajar. Ia hanya bersifat lokaliti semata-mata dan tidak tersusun.”

Aku MENOLAK pendapat ini atas beberapa alasan:

1. Seruan Jihad

Shaykh-al-Islam, Khayri Effendi telah mengeluarkan fatwa Jihad-I Ekbar Fardi Ayn terhadap Britain dan sekutu-kutunya pada 14 November 1914. Sebagai reaksinya, British telah mengeluarkan enakmen MELARANG akhbar-akhbar tempatan dari menyiarkan berita mengenai peperangan antara British dengan Turki Utmaniyyah pada 21 November 1914. Pemberontakan Tok Janggut adalah pada 1915.

Jadi macam mana seruan jihad ini boleh sampai di Tanah Melayu? Pertama-tamanya, mari kita melihat siapa itu Haji Mat Hassan.

Tahukah anda Haji Mat Hassan pernah menuntut di Mekah dan berguru dengan Syeikh Wan Ahmad Al-Fathani. Haji Mat Hassan pulang dari Mekah pada tahun 1910.(Rujuk tulisan atas untuk melihat apa yang terjadi di Kelantan pada 1910)

Siapa Syeikh Wan Ahmad? Beliau merupakan guru kepada hampir seluruh ulama nusantara ini! InsyaAllah aku akan mengupas berkenaan Syeikh Ahmad ini. Ringkasnya Syeikh Ahmad ini merupakan pengasas kepada persatuan orang Melayu iaitu Jami’yatul Fathaniyah di Mekah dan dilantik oleh Sultan Abdul Hamid II sebagai Ketua Jawatankuasa Percetakan Kerajaan Othmaniyyah. Malah beliau juga dianugerahkan kerakyatan Uthmaniyyah pada 1889.

Syeikh Wan Ahmad Al-Fathani –> Tuan Haji Mat Hassan

2. Sebelum pemberontakan di Kelantan ini, telah berlaku beberapa siri pemberontakan:


1833, Vietnam(Champa) - Gerakan pembebasan oleh Katip Sumat. Tidak kenal Katip Sumat? Mari aku terjemahkan. Katip Sumat ini adalah nama yang telah mengalami evolusi, asalnya Katip Sumat ini merujuk kepada Khatib Abdul Samad!

Akhir abad ke-19, Indonesia - Cetusan gerakan kesedaran Gerakan Pan-Islamismee oleh Konsul Sadik Bey dan Duta Muhammad Kamil Bey.

1915, 15 Februari, Singapura - Askar-askar Indian Muslim dari pasukan 5th Light Infantry, di bawah pimpinan Haji Nur Alam Shah, Imam Masjid Kampung Jawa telah memberontak sebagai menyahut seruan jihad Turki Uthmaniyyah.

Sebenarnya 3 pemberontakan ini saling berkait antara satu sama lain. InsyaAllah akan aku ulas di tulisan yang akan datang.

3. Pemberontakan Singapura

Pemberontakan di Singapura menjadi topik perbincangan orang-orang Melayu di Kelantan. Calvert Wells, seorang pegawai British di Kelantan mencatatkan:

“…the Malays in Pasir Mas were said to be discussing the Singapore mutiny before the news was known to the Kelantan Government.”

4. Usaha British

Selain dari memaksa Sultan mengeluarkan titah untuk menangkap Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya, British juga mengarahkan kapal H.M.S Calmus mengawal Kuala Semerak. Mengapa harus mengawal perairan? Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menghalang bantuan asing tiba.

Bantuan asing itu merujuk kepada siapa? Fikir-fikirkan!

5. Waktu pemberontakan berlaku

Pemberontakan yang dipimpin oleh Tok Janggut ini berlaku pada bulan April. Apa yang uniknya bulan April ini?

Kebiasaanya, pada bulan April, padi telah dituai. Masyarakat pada bulan ini dan beberapa bulan seterusnya hanya melakukan kerja-kerja ringan seperti berkebun dan mengutip hasil-hasil hutan. Maka dengan kata lain, gerakan pada bulan ini tidak akan membantutkan perkembangan ekonomi masyarakat setempat! Adakah ini masih lagi belum menunjukkan ketersusunan gerakan ini?

6. Tok Janggut, seorang penganalisa

Cantiknya sewaktu pemberontakan ini berlaku, pentadbiran colonial di Kelantan sedang berdepan dengan beberapa masalah. Antaranya adalah masalah kewangan yang teruk sehingga menyebabkan gaji kakitangannya tertunggak beberapa bulan.

7. Sultan yang misteri


Walaupun dijelaskan yang Sultan Muhammad IV mengeluarkan titah supaya rakyat Kelantan menyokong British, namun itu hanya dibuat atas dasar keterpaksaan. British tidak mempercayai Sultan Kelantan, lantaran itulah British bertindak mengerahkan askar mereka untuk menangkap Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya. Asalnya, urusan pemberontakan ini diminta diselesaikan oleh Sultan.

Sultan Muhmmad pernah mengatakan tentera Jerman mesti menang dalam peperangan dengan British. Tentera Jerman adalah sekutu Turki!

Malah, menurut Wells, ketika beliau sedang mengukur keluasan Sungai Kelantan dengan tujuan untuk membina stesyen kereta api di tebing sebelah Kota Bharu. Ketika itu, Sultan Terengganu mudik dari kuala ke Kota Bharu. Kapal Sultan Terengganu telah melanggar bot peralatan mengukur  Wells dan salah satu bot yang digunakan terbalik meskipun Wells telah berusaha supaya kapal Sultan itu mengelaknya. Sultan Terengganu tersenyum sahaja ketika kapalnya bertindak demikian. Wells juga mengatakan yang Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu selalu bertemu dan kedua-duanya tidak menyukai British!

Nah, sudah terang lagi bersuluh akan keteraturan gerakan ini sebenarnya. Pernah dahulu aku menulis tentang Grand Design pemberontakan menentang penjajah. Maka artikel ini mengupas sedikit sebanyak mengenai Grand Design ini. Sesungguhnya gerakan menentang penjajah di Nusantara ini bukanlah gerakan yang semborono tanpa melibatkan perancangan yang teliti, cuma kita sahaja yang buta! Buta kerana sejarah kita ditulis untuk memenangkan satu pihak sahaja. Sejarah kita ditulis untuk mengagungkan pihak-pihak tertentu sahaja.

*Bahan-bahan rujukan yang digunakan:

1. Tok Janggut, Pejuang atau Penderhaka; Nik Anuar Nik Mahmud
2. Ulama dalam sorotan perjuangan kemerdekaan; Riduan Mohamad Nor, Mohd Fadhli Ghani
3. Keturunan raja-raja Kelantan dan peristiwa-peristiwa bersejarah; Abdullah bin Mohamed
4. Ikhtisar sejarah Kelantan; Abdul Razak Mahmud
5. http://ulama-nusantara.blogspot.com/2006/11/100-tahun-kewafatan-syeikh-ahmad-al.html
6. http://ulama-nusantara-baru.blogspot.com/2008/05/syeikh-daud-al-fathani-pengarang-ulung.html

"
 

Menjana keyakinan diri dalam masa 30 hari

"Kaedah luarbiasa bina keyakinan diri dalam masa 30 hari!

Rasa gelisah , serba tak kena dan mudah panic adalah gejala yang timbul dari rasa kurang yakin diri. Keadaan ini banyk merugikan anda kerana anda telah menghadakan kebolehan diri (SUPERB SELF). Kita dianugerahkan pelbagai kebolehan yang menakjubkan yang membolehkan dan melayakkan diri kita untuk menjaDI KHALIFAH DI MUKA BUMI INI. Kita telah mendapat pengiktirafan yang besar daRI Allah

sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya . AT-TIN :4

Gunung ganang dan bukit bukau pun tidak sanggup untuk menrima tugasan yang hebat ini tetapi kita sanggup menerima amanah dari Allah. Betapa hebatnya Allah menciptakan kita.

InsyAllah di sini saya ingin berkongsi petua bagaimana menjadikan anda seorang yang secara total berkeyakinan.

1) Terima dirimu sepenuhnya – Diri anda adalah unik dan terlalu istimewa. Tidak ada dua orang yang benar-benar serupa dengaan anda sampai bila-bilapun . Biar bagaimana pun diri anda dari aspek fizikal misalnya , anda perlu menerimanya dengan penuh kesyukuran dan merasakan betapa hebatnya anugerah Allah pada anda. Tenaga emosi yang positif ini akan dijanakan menjadikan anda saying, hormat dan hargai diri anda. Bagaimana orang lain ingin hrgai dann hormat anda jika anda sendiri tik pernah untuk menghormati diri anda. Apabila anda menerima diri anda secara totalnya segala kelengkapan yang anda ada terutama jiwa anda .minda sedar dan minda bawah sedar anda akan dengan senang hati berkhidmat pada anda dengan sepenuh hati dan akan menjadi pekerja setia pada anda. Jika sebaliknya ‘mereka akan menjadi musuh pada diri anda dan akan membawa kesulirtan pada anda.

Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri. (YUNUS:44)

2) Analisa diri- sila imbas kembali peristiwa lepas secara berperingkat 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun dahulu mengapa anda masih berkeadaan seperti sekarang, siapa yang mempengaruhi anda dan persekitaran yang menjadikan diri anda seperti sekarang. Senaraikan kelemahan tersebut supaya anda boleh nampak dengan jelas sifat-sifat kelemahan diri untuk diperbaiki.


3) Pastikan anda benar-benar mengetahui APA YANG ANDA MAHU dalam hidup anda . Dan mulakan senarainya. Seperti pekerjaan, kesihatan, hubungan , sifat diri kelengkapan hidup dan sebagainya. Buat senarai tersebut dan tuliskan. MESTI TULIS.

4) Senaraikan pilihan langkah-langkah tindakan yang anda perlu ambil untuk menjayakan bagi mencapai matalamt anda misalnya dari segi sumber, masa dicapai, siapa yang anda perlu hubung, ilmu yang perlu anda cari dan sebagainya.

5) Buat VISUAL DAN REHEARSAL MENTAL secara jelas diri yang anda inginkan dan matlamat yang anda ingin capai. Walaupun peristiwa tersebut belum berlaku, anda dapat ‘melihat, mendengar dan merasakan suatu perasaan yang hebat seolah –olah masa depan tersebut telah anda nikamati dengan sebenar2benarnya. Gunakan teknik NLP(NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING). Ianya akan mengaktifkan minda bawah sedar anda untuk mengaktifkan kepercayaan, pemikiran, perasaan supaya setiap sel dalam tubuh badan anda akan berkerja keras untuk mencapai REALITI. SETIAP PERISTIWA BERLAKU DUA KALI. IAITU SATU DALAM MINDA DAN SATU LAGI DI ALAM SEBENAR.(POWER OF DREAM ANN POWER OF WILL)

5) Letakkan standard yang tinggi bagi diri anda dan jangan sesekali anda perlekehkan. Sentiasa gunakan bicara kendiri yang positif pada diri anda (The power of Self Talk). Katakan sentiasa kata-kata positif yang merangsang diri anda. APa sahaja yang mengiktiraf diri anda yang terbaik

6) Berubah pada persekitaran yang baru dan mencabar. Selagi anda berada pada bentuk persekitaran yang sama, hasilnya 20tahun akan datang juga sama. Ubah system persekitaran anda.UBAH SISTEM BERKERJA ANDA .

7) Pilih rakan sebaya yang dapat membantu untuk memcapai impian anda. Pastikan anda bergaul dengan orang yang telah mencipta kejayaan dalam hidup mereka. Tenaga Aura dan emosi positif akan mengalir dalam diri anda untuk anda mengubah persepsi diri. Selagi anda bergaul dengan rakan yang sama, selagi itulah nasib anda akan serupa. Cari kawan baru

8) Tempuhi pengalaman-pengalaman baru. Pelajari ilmu baru dan aplikaskasikan . Secara beransur-ansur anda akan dapat membangunkan diri anda. Ini adalah proses pertumbuhan . Anda perlu meniarap.merangkak dahulu sebelum boleh berjalan dan berlari.. Pastikan anda lakukan perkara baru yang sesuai dengan kebolehan dan minat anda.

9) Senaraikan kejaya-kejayaan kecil dan besar yang anda capai. Imbas kembali dan kemudian ‘masukkan’ Kejayaa-kejayaan yang anda ingin capai dan rasakan seolah-olah anda telah memiliknya.

10) Sentiasa menggunakan Power of Affirmation iaitu kata-kata perakuan diri yang menyatakan anda mampu dan boleh melakukan. Jangan ada halangan minda sama sekali. Cuba dan cuba sehingga berjaya. Tetapi jangan terlalu lama . Jika bidang itu tidak sesuai cari bidang lain.

11) Ubah persepsi, pemikiran, kepercayaan dan perasaan kepada yang menyatakan I CAN DO IT!!!! I BELIEVE MY SELF

12) NYatakan sentiasa ikrar dan janji diri anda pasti akan mencapai matlamat anda!

13) Sentiasa panjatkat doa pada Allah bagi memudahkan urusan anda dunia dan akhirat

14) Cipta ANCHOR iaitu perkataan atau peristiwa yang boleh mencetuskan rasa ANDA YAKIN DAN MAMPU LAKSANAKAN.

15) DIsiplinkan diri , jangan bertangguh terus lakukan tindakan yang anda rasa betul

Kawal minda anda dari serangan dalaman iaitu emosi anda dan pengaruh pesekitaran dan orang-orang yang ingin menjatuhkan anda. Tanya? Pada minda anda dan emosi anda 

16) Nyatakan sebab-sebab yang kukuh mengapa anda ingin capai matlamat tersebut

17) CUBA DAN CUBA DAN CUBA SEHINGGA BERJAYA

18) TULIS SKRIP KEHIDUPAN BAGAIMANA YANG ANDA INGINKAN


19) PERTINGKATKAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI ANDA


20) SENARAIKAN SUMBER, KEBOLEHAN, ORANG-ORANG YANG ANDA BOLEH HUBUNG, HARTA ANDA DAN APA SAHAJA MODAL YANG PERLU ANDA UPGRADEKAN DAN GUNAKAN SEBAGAI LANGKAH PERMULAAN ANDA
21) Buat buku skrap kehidupan anda- tampal gambar

22) Senaraikan 6 perkara setiap hari perkara  atau apa tindakan anda keesokan hari

23) Elak penyakit suka bertangguh

24)Hadiri kursus atau kelas bidang yang anda minati

25) Baca dan amalkan buku motivasi atau pembangunan diri

 

LAKUKAN TINDAKAN ANDA SEKARANGGGG


BELI JURNAL(BUKU CATATAN) DAN TULIS SEKARANG PLAN ANDA dan lakukan tindakan anda. Tiada makna tanpa perbuatan. BUAT_BUAT BUAT
sumbangan http://mindataqwa.blogspot.com

Bahaya Fitnah

“Sesungguhnya mengada-adakan kebohongan hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itulah para pendusta‘‘ (QS. an-Nahl: 105). 

Fitnah lebih kejam dari pembunuhan, demikian peringatan Allah dalam al-Qur‘an (al-Baqarah: 191). Peringatan ini menunjukkan bahwa perbuatan tersebut sangat terlarang.


Dilarang menyentuh, mendengar, atau menyebar fitnah terhadap sesama manusia. Perbuatan itu membinasakan diri sendiri dan orang lain. Perbuatan ini seringkali melahirkan berbagai kejahatan lainnya, antara lain salah sangka, dendam, pembunuhan, dan sejenisnya. Tidak terhitung berapa banyak sudah korban yang timbul akibat salah sangka, dendam, dan lain-lain. 

Betapa buruknya fitnah, Allah menghukum bagi siapa saja yang melakukan perbuatan tersebut dengan deraan yang amat berat juga. Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda, “’Tidak akan masuk surga orang yang melakukan fitnah (suka mengadu domba)‘‘ (HR Abu Dawud dan At-Thurmudzi)

Dengan demikian, ke neraka lah mereka akan dihalau di akhirat kelak. Kerana besarnya bahaya fitnah, Islam mengajak manusia untuk lebih hati-hati terhadap sesuatu ucapan atau berita yang beredar di sekitar kita.
 
Nabi SAW memperingatkan kita untuk berdiam diri seraya berfikir dan meneliti kebenaran sesuatu kabar sebelum membuat keputusan untuk bertindak. Setiap muslim dianjurkan untuk memelihara lidahnya dari mengucapkan kata-kata yang menimbulkan fitnah. Bahkan Allah mengingatkan bahwa perbuatan ini hanya dilakukan oleh mereka yang tidak beriman atau kafir terhadap petunjukNya. 

Memutar belit sesuatu fakta, mengada-adakan cerita ,menyebarkan berita yang tidak benar tanpa usul selidik adalah amalan biasa manusia yang bertopengkan syaitan laknatullah. Sedang baki kehidupan ini lebih baik dimanfaatkan untuk beramal soleh demi kesejahteraan di akhirat kelak. 

http://idhamlim.blogspot.com
" 

Ibn Shayyad, Apakah dia Dajjal? (Bahagian 1)

"Ini jelas merupakan sebuah pertanyaan yang membingungkan semua orang, baik kalangan ulama salaf mahupun ulama semasa. Tidaklah berlebihan mengatakan bahawa semenjak zaman sahabat hinggalah sekarang ini, manusia masih tetap memberikan pandangan  yang sangat beragam mengenai siapa sebenarnya Dajjal; apakah dia sememangnya adalah Ibnu Shayyad, sebagaimana yang diyakini oleh sebahagian sahabat, ataukah dia adalah orang yang lain?


   Ibnu Shayyad sendiri adalah semula bernama Ashaf, seorang yang beragama Yahudi. Dia sendiri pernah mengaku sebagai seorang bomoh pada masa Rasulullah S.A.W., tetapi kemudian Rasulullah mengujinya supaya dia mahu melihat kenyataan yang sebenarnya dan akhirnya semuanya menjadi jelas bahawa apa yang didakwa olehnya adalah salah. Ternyata semua itu adalah sihir yang diberikan oleh syaitan, kemudian diletakkan didalam lisannya seperti yang diberikan kepada para bomoh. Rasulullah S.A.W bersama sahabat mengalami banyak peristiwa bersama Ibnu Shayyad, yang menurut sebahagian ulama diyakini sebagai Dajjal. Hal itu dapat diringkaskan sebagai berikut:


Percakapan Rasulullah S.A.W dengan Ibnu Shayyad
   Pelbagai kitab sunah memaparkan pelbagai peristiwa yang berlaku antara Rasulullah S.A.W dengan Ibnu Shayyad, juga keterangan Rasulullah S.A.W mengenai Islam, mengajaknya untuk memeluk Islam dan jawapan Ibnu Shayyad, sebagai berikut: 
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a bahawa Umar r.a pergi bersama segolongan sahabat bersama Rasulullah S.A.W menuju rumah Ibnu Shayyad. Rasulullah menjumpainya tengah bermain bersama anak-anak. Ketika itu dia mendekati usia akil baligh . Dia tidak merasakan sesuatu pun hinggalah Rasulullah menepuk pungungnya dan bersabda:



      Rasulullah: “Apakah kamu mahu bersaksi bahawa aku adalah utusan Allah?”
      Ibnu Shayyad : [Dia hanya memandang] dan berkata:” Aku bersaksi bahawa kamu adalah utusan orang-orang yang buta huruf.” Dia balik bertanya. “Apakah kamu mahu bersaksi bahawa aku adalah utusan Allah?”  
      Rasulullah: “Aku beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Bagaimana pendapatmu?”
      Ibnu Shayyad: “Orang yang jujur dan orang yang dusta banyak datang kepadaku.”
      Rasulullah: “Masalahnya menjadi kacau bilau untukmu. Aku menyimpan sebuah teka-teki untukmu.”
     Ibnu Shayyad: “Itu adalah awan.”
     Rasulullah: “ Bodoh. Ternyata kemampuanmu hanyalah sebatas itu.”
     Umar: “ Wahai Rasulullah, izinkan aku memenggal kepalanya.”
     Rasulullah: “Jika dia memang Dajjal, maka kamu tidak ada sebarang kebaikan bagimu membunuhnya.”


Pengawasan Rasulullah S.A.W keatas Ibnu Shayyad
    Teka-teki mengenai Ibnu Shayyad dan siapa dia sebenarnya menjadi masalah yang sangat besar bagi Rasulullah S.A.W sehingga Baginda merasa perlu untuk mengawasi keadaannya untuk mengetahui siapa dia sebenarnya.Dalam banyak hadis disebutkan bahawa Rasulullah S.A.W berusaha untuk mengikut langkah Ibnu Shayyad dan mendedahkan siapa dia sebenarnya, kerana Rasulullah kuatir jika dia itu adalah Dajjal. Ini memandangkan sebahagian perilakunya adalah hamper serupa dengan Dajjal yang terkutuk itu. Beberapa hadis menyebut usaha berikut:


Hadis Ibnu Umar r.a berkata:
    Rasulullah S.A.W berangkat bersama Ubay Ibnu Ka’ab r.a menuju sebuah kebun kurma, dimana Ibnu Shayyad berada disana. Sehingga ketika memasuki kebun kurma itu, Rasulullah S.A.W berusaha  berlindung disebalik dahan pokok kurma. Baginda berusaha mendengar suatu kata yang keluar dari Ibnu Shayyad. Sebelum itu dia dapat melihat kedatangan Rasulullah, Ibnu Shayyad sendiri ketika itu titur-tiduran  disebuah permaidani. Namun ibu Ibnu Shayyad ternyata melihat Rasulullah S.A.W berselindung disebalik dahan pokok kurma. Dia pun berteriak: “Hai Shaafi.” Ittulah nama asal Ibnu Shayyad. Diapun segera berlari. Rasulullah S.A.W bersabda: “Andai sahaja wanita itu mahu membiarkannya, tentulah sudah jelas siapa dia.”


   Ibnu Hajar berkata. Sabda: “Andai wanita itu mahu membiarkannya, tentulah jelas siapa dia”, dapat diertikan bahawa siapa sebenarnya Ibnu Shayyad akan menjadi jelas dari apa yang dapat kami lihat darinya. Andai sahaja sang ibu tidak berteriak, tentulah Ibnu Shayyad akan terus melakukan apa yang sedang ia lakukan, sehingga kami dapat mendengar apapun yang dapat menyingkap siapa dia sebenarnya.

"
 

Jangan campuri urusan agama kami

Majlis Fatwa baru dikatakan akan mengkaji dan mengeluarkan fatwa berkenaan "yoga" tetapi tindakan tersebut telah mencetuskan kontroversi sehingga membabitkan rakyat yang bukan Islam. Tidak pernah sebelum ini fatwa-fatwa diulas dan diberi komen oleh mereka yang diluar kelompok Islam sebagaimana yang berlaku pada hari ini, mungkin inilah yang dikatakan konsep keterbukaan dan liberalisasi Islam?!


Bagi umat Islam di Malaysia, soal samada mereka menerima atau menolak satu-satu fatwa itu terpulanglah kepada individu masing-masing. Yang jelas keputusan majlis fatwa biasanya samada diterima atau kalau tidak pun dibiarka dan didiamkan begitu sahaja, mungkin kerana tidak mahu mencetuskan konroversi atau dilihat merendah dan mempersendakan institusi agama.

Contohnya di Selangor semasa almarhum Ustaz Dato Ishak Baharom menjadi mufti dahulu rokok pernah difatwakan haram, memang berat untuk para perokok tegar yang beragama Islam untuk terima, tetapi tidak ada siapa yang membantah secara terbuka. Fatwa biasanya diwartakan untuk memberikan ia kuatkuasa undang-undang.

Fasal 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 berbunyi:

Tertakluk kepada seksyen 51, Jawatankuasa Fatwa hendaklah, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan, dan bolehlah atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan oleh mana-mana orang yang dibuat melalui surat yang dialamatkan kepada Mufti, menyediakan suatu fatwa atas apa-apa persoalan yang belum muktamad atau yang menimbulkan kontroversi berhubungan dengan Hukum Syara'.

Itu bagi negeri Selangor, dan sudah pastilah lebih meluas skopnya apabila tiba keperingkat Majlis Fatwa Kebangsaan.

Apa pun saya ingin menegaskan bahawa isunya, fatwa-fatwa ini adalah terkena dan berhubung-kait dengan hal-ehwal masyarakat Islam sahaja, ianya tidak ada kena mengena dengan penganut agama lain. Oleh itu saya menyarankan agar pihak-pihak yang berwajib memberi peringatan kepada masyarakat bukan Islam agar tidak terbabit dalam mengeluarkan pandangan lebih-lebih lagi kritikan dan cemuhan terhadap hal-ehwal masyarakat Islam.

Ianya sama-sekali tidak membantu dalam hubungan antara kaum dan lebih akan mencetuskan ketegangan yang akhirnya akan merugikan semua pihak. Biarlah umat Islam yang berhadapan dengan isu yang berkaitan dengan hal-ehwal mereka.

Saya tersentuh dan amat dukacita apabila membaca ruangan "SMS your views" dalam akhbar The Star hari ini dan merasakans eolah akhbar tersebut seakan turut seronok menyiarkan komen-komen yang bagi saya mampu mencetuskan kemarahan pihak lain. Terdapat 4 komen di bawah tajuk "Yoga is exercise":

1) The fatwa council has nothing better to do-ban yoga? Yoga class has nothing to do with religion!
2) STUPIDITY…Yoga is a form of fitness same as tai chi…why r some morons mixing it with religious belief
3) NAT'L Fatwa Council is the biggest non-productive body in the country
4) PLS ask Nat'l Fatwa Council how to improve the economy of country and bring in foreign investment and how to make us a developed country


Saya tidak tahu adakah mereka yang memberi komen di atas ini terdiri dari masyarakat Islam atau bukan Islam tetapi siapa pun mereka saya menganggap ia mencampuri urusan Islam dan sangat tidak beradab dan biadap.

Sementara itu sekadar untuk renungan di muka 37 akhbar yang sama dilaporkan bahawa rupa-rupanya bukan hanya masyarakat Islam yang mula ragu tentang amalan "yoga" ini malah beberapa kumpulan penganut Kristian tempatan juga sangsi kerana hubungan amalan berkenaan dengan kepercayaan Hindu.

Mereka juga menegaskan jika amalan "yoga" ada kaitan dengan kepercayaan Hindu maka ianya tidak boleh diamalkan oleh penganut Kristian.

sila ke blog Roslan SMS: http://n32.blogspot.com

Air Mata Keinsafan

"Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi?
Kenapa begiru sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku?
Begitu hitamkah hati ku ini?
Begitu menggunungkah dosa diri ini?
Layakkah aku untuk meminta ampunanMu ya Allah?
Masih adakah ruang untuk hidayahMu bertapak dalam ruangan hati hitam ini ya Allah?


Kenapa begitu susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa…?
Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w?
kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain?
Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam….
Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah..
Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah……
Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu...

Ya Allah……
Hinanya diri ku ini ya Allah…
Kotornya diri ku ini ya Allah…
Jijiknya diri ku ini ya Allah…
Berilah hidayah padaku ya Allah…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat…
Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku…
Aku tidak sanggup jika Kau berpaling dari memandang diri ini…
Tidak sanggup ya Allah….
Segala-galanya aku berserah pada Mu…
Aku tidak apat membayangkan diriku tanpa pimpinan-Mu ya Allah…
Aku tidak sanggup menjadi sehina-hina manusia pada pandangan-Mu…
Astaghfirullahalazim…
Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku….
Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya….
Air mata membasahi pipi….
Adakah ini air mata keinsafan???
Ini adalah air mata kehinaan yang melanda diri ini…
Diri ini sedih dengan apa yg telah hambaMu ini lakukan….
Aku ingin meminta sesuatu dari Mu..
Tapi aku sungguh malu padaMu ya Allah..

Aku teringat perjuangan Hassan Al-Banna..
Aku sangat mengagumi perjuangan beliau…
Aku mengagumi perjuangan Syed Qutub…
Tapi ya Allah…aku malu ya Allah untuk menyatakannya…
Masih layakkah diri ini menyebut nama Hassan Al-Banna? Nama syed Qutub?
Masih tersisakah pejuang sepertinya untuk diri ini….
Malunya aku ya Allah dengan permintaan ini...
Aku tidak layak memikirkan tentangnya..
Wanita seperti manakah yang Kau pilihkan untuk mereka…?
Wanita yang bagaimanakah yang telah Kau pilih untuk melahirkan mereka?
Semestinya seperti Zainab Al-Ghazali dan mereka yang seangkatan dengan beliau…
Aku ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka. 
Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah. 
Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita. 
Aku ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid seperti Hassan Al-Banna.
Masih tersisakah mujahid seperti Al-Banna untukku ya Allah…?
Layakkah diri ini untuk menjadi peniup semangatnya?
Aku sungguh malu menyatakannya ya Allah…
Sungguh hina diri ini…sungguh kotor diri ini…
Sungguh lemah diri ini untuk mujahid seperti mereka…

Air mata ini jika dialirkan hingga titisan terakhir,
namun ia masih tidak mencukupi untuk menyatakan rasa bersalah dengan dosa-dosa diri ini yang menggunung tinggi...

Ya Allah…..
Pimpinlah daku…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat cuma
Aku tidak sanggup dibiarkan dlm lumpur dosa2 hina….
Ampunilah aku ya Allah….
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim…


Note: Jika ini adalah bahan petikan daripada laman lain, sila nyatakan sumber bagi menyerlah etika. - TP"
 

Darihal solat umat Islam dan solat Yahudi

Ali Bukhari Amir 
Sun | Nov 02, 08 | 5:21:56 pm MYT

Dalam solat seharian, kita diwajibkan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat. Malah, menurut jumhur ulamak melalui sesetengah hadis, mereka menfatwakan bahawa tak sah solat itu jika tidak disertai oleh al-Fatihah.

Iklan
 
 
  
Bahawa, dalam surah al-Fatihah itu sendiri terkandung suatu doa yang sangat agung. Iaitu "Tunjukilah kami ke jalan yang lurus."(al-Fatihah:6)

Maka sebab itulah sebelum Rasulullah s.a.w wafat, diriwayatkan tidak lekang bibirnya itu daripada menyebut 'umatku' dan 'as-Solat'. Menurut hemat saya, solat itulah yang terawal diperintah ke atas Nabi Musa a.s ketika baginda bertemu dengan Tuhan di puncak sebuah bukit tatkala mahu mengambil percikan api di atas bukit tersebut.

"Dan, dirikanlah solat untuk mengingatiKu!" demikianlah firman Tuhan kepada Musa a.s tatkala baginda berdiri di atas Bukit Thursina.

Oleh kerana Musa menerima perintah solat di tempat yang tinggi seperti bukit maka pada masa Nabi Muhammad pula, Allah mengangkatnya ke tempat tertinggi tatkala menerima perintah solat, iaitu baginda menerimanya di langit tertinggi dalam kes Isra' Mikraj.

Tidak cukup dengan itu, Allah s.w.t mempertemukan semula Nabi Musa dengan nabi kita untuk berunding mengenai satu perkara berhubung solat ke atas umat Muhammad.

"Mintalah dari Allah, pengurangan solat itu wahai saudaraku Muhammad. Sesungguhnya umatku sendiri terbeban dengan sebab solat," demikian wasiat Musa terhadap saudaranya yang tercinta, Muhammad s.a.w.

Sebagai seorang yang selalu kasih akan umatnya, baginda akur dengan pesan saudaranya di alam roh itu. Lalu baginda naik semula dan turun semula bertemu Musa untuk beritahu akan jumlah pengurangan itu. Musa berkeras dengan katanya:

"Minta dikurangi lagi.. masih besar bebanan solat itu," demikian Musa mendesak.

Turun naik Rasulullah s.a.w itu akhirnya menjadikan bilangan solat yang diwajibkan tadi cuma tinggal lima waktu, seperti yang ada pada zaman kita ini. Allah mengurangkan nilai rakaat dan waktu

"Cukup-cukuplah wahai saudaraku Musa. Aku khuatir.. setiap kali naik, Allah kurangkan kepada 5. Jadi, sekarang tinggal 5. Kalau naik kali ini, jangan-jangan sudah tiada apa-apa yang tinggal untuk umatku," demikian hujah baginda. Musa pun akur.

Maka, solat ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w ini sangat istimewa sifatnya. Ini kerana, baginda Rasulullah s.a.w dijemput naik ke langit untuk menerima perintah solat. Hal ini tidak seperti rasul-rasul yang terdahulu.



Solat umat Muhammad s.a.w, dibahas Musa a.s
Kedua, tidak seperti nabi-nabi lain, wasiat terakhir sebelum baginda wafat ialah umatku dan solat. Kisah pesanan terakhir ini tidaklah termasyhur dalam kalangan rasul terdahulu. Cuma ia termasyhur dalam kisah perjuangan dakwah Rasulullah s.a.w sahaja.

Ketiganya, solat ke atas umat baginda ini telah dikupas, dibahas serta didebatkan seorang nabi dan rasul yang sangat terkenal kisah perjuangannya di dalam al-Qur'an. Kepada nabi Musa, kita patut berterima kasih, kerana dengan sebab pesannya, maka kita mendapatkan keringanan yang sangat besar. Tidak terbeban rasanya menjalani kehidupan ini.
Solat ke atas umat-umat terdahulu, tiada 'campurtangan' oleh nabi-nabi sebelumnya. Dan, saat mendapat perintah solat itu, Rasulullah s.a.w menerima penghormatan menjadi imam solat di mana makmum baginda adalah sekalian nabi yang terdahulu daripadanya.

Semua ini menyebabkan solat umat Nabi Muhammad terpandang sebagai istimewa. Dan, kerana wujudnya 'campurtangan' Musa a.s ke atas tatacara solat terhadap umat Rasulullah s.a.w inilah, maka kita patut berasa berbangga kerana Nabi Musa mengiktiraf, menyetujui tatacara solat umat Nabi Muhammad ini.

Sekali gus, kisah Isra' Mikraj ini adalah suatu tamparan hebat ke atas dakwaan Yahudi ini bahawa solat umat Islam meniru-niru solat umat Yahudi. Malah kaum Yahudi perlu sedar bahawa junjungan mereka sendiri, Nabi Musa telah mengiktiraf solat umat Muhammad di dalam peristiwa bersejarah itu. Jadi, kenapa tidak diikutkan saja tatacara solat kita?

Bani Israel diminta bersolat bersama umat Islam
"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama mereka yang rukuk." (al-Baqarah: 43)

Ada riwayat menyebut bahawa dalam solat umat Yahudi tiada rukun yang bernama rukuk dan sebab itulah di dalam ayat di atas, Allah s.w.t memerintahkan Bani Israel untuk terus bersama-sama umat Muhammad, meneruskan solat sebagaimana solat yang telah diiktiraf oleh junjungan besar mereka, Nabi Musa a.s sendiri, iaitu solat yang ada rukuk.

Maka, Tuhan berpesan kepada Bani Israel, rukuklah bersama orang yang rukuk. Sebab, di dalam solat Bani Israel, tiada rukun yang bernama rukuk. Wallahu'alam..

Dalam sebuah paparan klip video yang tersebar luas di internet YouTube ada ditunjukkan mengenai betapa solat umat Islam itu sendiri telah meniru-niru tatacara solat Yahudi. Hal ini sepatutnya didebat bersama jika mereka benar-benar jujur menerima kebenaran.

Lihatlah juga pendapat Buya Hamka melalui tafsirnya yang terkenal, iaitu Tafsir al-Azhar berhubung surah al-Baqarah, ayat 43 tersebut.

Kemudian mengapa disuruh lagi rukuk bersama dengan orang yang rukuk? Tidakkah cukup dengan perintah sembahyang saja? Apakah ini bukan kata berulang?

Bukan! Ada juga orang yang berfaham bahawa asal aku sudah sembahayang sendiri di rumahku, tidak perlu lagi aku bercampur dengan orang lain. Itulah yang salah! Sembahyang sendiri pun belum sempurna, tetapi rukuklah bersama-sama dengan orang yang rukuk, bawalah diri ke tengah masyarakat. Pergilah berjemaah!

Maksud kedua, arti rukuk ialah khusyuk. Jangan hanyaa asembahyang asal sembahyang, sembahyang mencukupi kebiasaan sehari-hari saja, tidak dijiwai oleh rasa khusyuk dan ketundukan.

Inilah yang diserukan kepada Bani Israel itu yakni agar mereka teruskan saja agama yang diajarkan Musa kepada lanjutannya, iaitu yang diteruskan oleh Muhammad s.a.w agar mereka menjadi Muslim, menyerah diri kepada Tuhan, dan hiduplah sebagai Muslim yang sejati.

Sekian catatan, nukilan dan pandangan Buya Hamka. Umat Muhammad s.a.w sepatutnya berbangga dan bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberi keringanan dalam solat itu. Juga, patut berterima kasih atas kasih sayang Rasulullah s.a.w yang berusaha kerasa demi mendapatkan keringanan solat itu kepada kita.

Tidak dilupa juga, kita perlu melebarkan dakwah kepada umat Yahudi, mengajak mereka bersolat dan rukuk bersama kita kerana memang itulah perintah Allah ke atas mereka dan sebagai lafaz tanda terima kasih kita ke atas Nabi Musa a.s yang telah membantu baginda Rasulullah s.a.w dalam urusan memberi idea untuk meringankan beban solat kita ini.

5:07 petang, 4 Zulkaedah 1429 
Sekolah Pemikiran Kg Baru. 
_

FORUM AGAMA : BENARKAH KITA MUSLIM YANG BERILTIZAM DENGAN ISLAM?

Ustaz Zainudin Hashim 
Sun | Nov 02, 08 | 9:53:50 am MYT
Iltizam (komited) dengan Islam membawa maksud, pelaksanaan aspek dan konsep agama yang dilakukan oleh seorang muslim dengan memelihara hubungan intimnya dengan Allah SWT selaku Pencipta.





 
  
Dengan kata lain, iltizam itu ialah segala tindakan dan tingkah laku muslim bagi merealisasikan makna Islam, iaitu menyelamatkan bangsa manusia atau penyerahan diri mereka hanya kepada Allah dengan sebenar-benarnya menerusi pengamalan agama dalam segenap bidang kehidupan, kepercayaan (akidah), peribadatan, perlakuan, perhubungan atau pergaulan sesama manusia.

Begitu juga dengan masyarakat umat Islam dikatakan sebagai umat yang beriltizam dengan Islam, apabila melaksanakan tuntutan agama dalam pegangan akidah mereka, kepercayaan, peribadatan, perlakuan, perhubungan dan pergaulan sesama umat Islam dan manusia sejagat.
Bukti iltizam itu telah dirakam oleh Allah SWT dalam ayat 162 surah al-An�am yang bermaksud : Katakanlah (wahai Muhammad) �Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam�.

*Iltizam juga diungkapkan sebagai mencapai atau merealisasi perutusan kejadian manusia, perkara ini telah disebut oleh Allah dalam surah az-Zariyat ayat 56 yang bermaksud : �Tidak Aku (Allah) menciptakan jin dan manusia, melainkan untuk menyembah (beribadat) kepada-Ku�.

*Selain itu, iltizam juga diertikan sebagai menerima segala hukum-hakam Allah dalam al-Quran dan apa yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w dengan pasrah dan bersungguh-sungguh, hakikat ini diperjelaskan oleh Allah menerusi ayat 36 surah al-Ahzab yang bermaksud : �Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak pula bagi wanita yang beriman, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka�.

Justeru, kita perlu bertanya pada diri sendiri, apakah kita termasuk dalam golongan orang-orang yang beriltizam dengan Islam, atau hanya berpura-pura atau menerima Islam separuh-separuh ataupun menerima Islam apabila sesuai dengan naluri, dengan kata lain, Islam tunduk pada kehendak kita, bukannya kita yang patut tunduk dan akur kepada segala ajaran Islam.



Tanda beriltizam kepada Islam
Para ulama� bersepakat mengatakan bahawa, iltizam itu dapat dikenal pasti menerusi penyerahan diri muslim pada perkara yang zahir dan batin. Dalam perkara zahir, seorang muslim itu melaksanakan segala perintah Allah yang wajib ditunaikan seperti pelaksanaan ibadat solat, puasa, haji, zakat, memakai hijab (tudung kepala) bagi muslimat, berakhlak mulia dan lain-lain.

Sementara dalam perkara batin pula, seorang muslim itu wajib beriltizam dengan aspek ketuhanan dalam mentauhid (mengesakan) Allah, bertakwa kepada-Nya, takut kepada ancaman dan hukuman-Nya, mengharapkan keampunan dan rahmat hanya daripada-Nya dan banyak lagi.

Justeru menurut para ulama�, jika seseorang itu menzahirkan kepada manusia kebaikannya seperti banyak solat sunat, puasa sunat, suka menderma, suka tolong orang lain, berulang alik ke masjid, sedangkan dia tidak begitu, suka mengumpat, memfitnah orang, menuduh orang tanpa bukti kukuh, pakai tudung kepla pada masa tertentu, maka dia dikatakan tidak beriltizam dengan Islam, atau paling tidak dikatakan iltizamnya masih berkurangan.

Kerana iltizam itu tidak dapat dibuktikan pada amalan sehari dua, malah ia perlu berterusan tanpa niat untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain, ia dilakukan atas dasar ikhlas kerana Allah SWT.

Jalan terbaik untuk mengekalkan iltizam kepada Islam, ialah bersahabat dengan orang-orang yang baik-baik, apatah lagi mereka yang dapat mengingatkan diri kita kepada Allah SWT, menyuruh yang makruf, mampu pula mencegah kemungkaran, berdakwah dengan penuh hikmah, berakhlak mulia, tidak wujud sebarang kepentingan dunia, apa yang diharap hanyalah keredaan Allah, ia menepati seruan Allah menerusi ayat 28 surah al-Kahfi yang bermaksud : �

Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru kepada Allah, di waktu pagi dan malam dengan mengharapkan keridaan-Nya, janganlah kamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan (habuan) kehidupan dunia ini, janganlah kamu mengikuti orang-orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami serta mengikut hawa nafsu, sesungguhnya urusan hidup mereka telah melampaui batas�.

Mudah-mudahan, kita mampu dan boleh berdoa kepada Allah SWT, agar menjadikan diri kita, isteri, anak-anak, adik-beradik, terlebih lagi kedua iba bapa kita, agar dimasukkan dalam kategori hamba Allah yang sentiasa dan kekal beriltizam dengan Islam, berjuang kerananya dan mati pada jalannya, Amin. _